Thursday, May 6, 2010

Rumah ku...Rumah Bini ku

Secara lazimnya, setelah mendirikan rumah tangga, pasangan suami isteri lebih cenderung untuk menginap sendiri tidak kira rumah sendiri beli, rumah hadiah mak bapak sebab mak bapak kaya rabak, rumah sewaan, atau bilik sewaan. Janji sendiri duduk. "Kami ingin privasi yang maksimum", ulas membe aku ringkas. Tapi ada je yg masih duduk dengan mak bapak. Mungkin rumah mak bapak besar, dan berhampiran tempat keje, atau lebih selesa. Tak jadi hal le sume tuh. Ada sorg senior aku tinggal ngan mak bapak lagi walau dah berderet anak dia.


Dengan intro yang agak panjang, ingin aku memulakan bicara pasal rumah yg aku duduk skang nih. Rumah ni sang bini beli lelong. Buat loan CIMB, atas pertolongan rakan karib, saudarai Byot (sesapa nak cari umah area KL/Selangor, sila kontet dia). Berkeluasan 770sqft atau dalam bahasa melayu nya kakipesegi...rumah ni bukan la besar mana pon tapi sangat selesa. Kami pon baru berdua. Kalu bertiga pon tak jadi hal lagi. Skang ni kami masih berurusan nak tukar nama.


Dah beli umah ni plak, kene buat minor reno la. Masa beli tu tgk tiles pecah, tombol pintu rosak, paip jamban takleh guna (camna aku nak berak?), kipas tak berfungsi, lampu tak nyala, dan macam2 lagi. Reno plak, dengan ngada2 nya kami letak sikit ampaian...rumah ni takdak beranda la, payah nak sidai kain. Tambah plak bar counter kat dapur. Peeerrgghhhh...macam style gila gua rasa. Makan berdua dgn sang bini dok kat bar counter dengan kerusi tinggi. Dengan reno nih, habis la sedikit pendapatan kami.


Dengan berbaki sikit pendapatan...kami cari peralatan lektrik yg penting = mesin basuh, peti ais. Kami usha kat Bangi...HLK. Perrgghhhh...ada promotion Samsung. Peti ais Samsung (yg paling murah) + Mesin basuh auto LG (jugak yg paling murah) dapat la dalam RM1k++ siap hantar. Aku dah cukup puas hati. Tapi target kami seterusnya....Furniture and Fitting dalam istilah accounting nya.


Pendapatan kami ada la berbaki dikit2 je lagi. Kami pon menuju ke arah Ikea untuk cari perabot. Target kami tak banyak, 2 almari (1 master, 1 bilik ke-2), queen-size bed, katil bujang untuk bilik ke-2, rak TV, L-shape sofa. Macam bangsat...tu je dah lebih 10k. Maka, lawatan kami ke Ikea ptg tu hanya sia2.
Sudahnya, kami cilok katil lama yg ada kat umah mak. Cantik jugak katil tu walau nampak agak antik. Jadi, target perabot kami bertukar rupa kerna baki uwang sudah dikit2 aja. Target kami beli sebijik almari, tilam dan rak kasut. Kami tuju arah Plaza Perabot LDP. Gua ketuk gila kat mamat bangla yg jual tuh. Memandangkan dia tgh hangin dgn bos dia, dia bagi kitaorg diskaun gila2 punya. Maka, misi kami tercapai.


Sekarang kami masih takdak sofa. Tilam pon letak kat ruang tamu je pasal kipas dalam bilik salah pusing. Angin pegi atas, tak pegi bawah...panas. Rak TV pon takdak lagi. Maka, kami tidak akan menjemput atau mengalu-alukan kedatangan tetamu buat masa ini. Ama...mintak mahap bebanyak. Kalu ko datang jugak, kami tak dapat halang tapi tulong bawa bersama piza ke, ayam golek ke, nasi briyani gam ke...jadi lah. Kami pon takdak tong gas lagi. Masih takleh masak.


p.s~gua bosan tunggu sang bini balik dari opis....astro masih belum aktif.

Monday, May 3, 2010

Mari Berhijarah di Bulan May

Hah...dah lama tak menulis dan meluah isi hati aku kat blog nih. Paling tak tahan, last entry aku post adalah pada Mac. Jadi, skang ni mungkin aku bleh start balik kat blog nih memandangkan membe lain pon dah bertanya.
Cerita pasal pindah a.k.a HIJRAH. Zaman nabi dulu pindah jauh...Mekah ke Madinah...jalan kaki plak tu. Kene nyorok2 lagi. Jumpa dek orang kafir kang kene bunuh plak. Tapi, aku kali ni aku berhijrah secara total.


Perpindahan pertama: -
Perpindahan dari alam bujang ke alam berumah tangga, ke alam berkeluarga (tak lama lagi...bini aku pon dah mengandung 4 bulan). Dengan itu berpindahlah aku dari status "single and available" kepada "not single but always available". Jangan la marah plak sang bini. Elweys evelebel for yu la. Woi...jangan memain dgn bini aku. Sekali dio amok, maleh la den nak koba an cito dalam kelambu. Aib den juo...


Perpindahan kedua: -
Aku berjaya keluar dari rumah mertua kat Bangi dan hidup dengan bini aku secara beregu di rumah kami sendiri. Apartment 770sqft je. Jadi la an an an...dan dengan ini aku nak leretkan lebih sket cerita pasal apartment kami ni dalam keluaran yg akan datang. Wooiii...mak mertua aku pon bukan senang nak bagi kitaorg kuar. Aku dengan kerjasama yg teguh dari sang bini, berjaya buat degil dengan berpindah jua walau mak mertua aku sangat2 tak setuju. Dan dengan itu jugak, parents aku bleh la nak lepak2 umah kitaorg tanpa rasa segan silu. Opah, Mak Jan, Mak Yang sume...bulih la datang ye...tapi tido atas lantai. Kami takdak katil lebih. Almari pon dalam bilik kami je. Bilik lain jgn nak sepah2 kan...nanti sang bini marah.


Perpindahan ketiga: -
Ini adalah perpindahan paling ultimate sekali antara semua perpindahan yg tertulih kat atas nih. AKU BERJAYA PINDAH KERJA. Maka, dengan sebaris ayat tersebut, ternyata aku berjaya melarikan diri dan terlepas dari cengakaman kuku besi datin. Dan dengan ini juga akan aku limpahkan fakta dan fitnah aku berkenaan tempat kerja aku yg lama nih pabila aku dah berenti nanti. Jangan lupa subscribe blog cerita berskala 18PL berkenaan AKU DAN SISMA di keluaran akan datang.


Begitulah perpindahan aku pada bulan 5 nih. Harap2 aku dapat keberkatan di tempat kerja aku yg baru di Bank Muamalat supaya dapatlah aku membeli sebuah lagi katil dan almari untuk tamu2 yg bakal tumpang tidor kat rumah kami nih. L-shape sofa pon tak dibeli lagi. TV main letak atas lantai sebab rak TV pon takdak lagi. Jap...jap...dapor kami ada, tadi baru aku beli hos gas...tapi tong gas aku tak beli lagi. Jadi, dengan keberkatan rezeki aku kat tempat baru dapat la aku beli barang2 rumah ni termasuk beberapa bijik periuk. Camna sang bini nak masak kalu takda periuk?


p.s~jahanam...banyak betul barang rumah yg aku takda lagi...duit dah takdak...sapa nak bagi hadiah kat kami, kami sedia menerima dengan hati yg rela.

Wednesday, March 3, 2010

Kerjayaku Bersama Datin: Hidup Segan Mati Belum Mahu Lagi

Seperti yg korg sedia maklum, aku skang keje dgn sorg datin. Tau la kalu dah pompuan duit banyak, manage big company yg kene fokus 24-7, ada pulak expert yg back up dan tak kurang jugak yg expert asyik nak back up (membodek le tuh)...mula la si datin ni naik tocang. Bukan aku ni berpihak pada kaum lelaki tapi pendapat individu (aku dah keje dgn 3 orang bos pompuan), pompuan ni takleh dapat jawatan tinggi sangat dan tak boleh kedudukan yg perlukan decision making yg pantas. Memanjang la bad mood.

Aku dah cakap sebelum nih, aku bukan la berpihak pada lelaki tapi pendapataku ni sekadar pandangan individu yg agak kurang makan garam...tapi hari tu kepala aku ada sedikit pening dan pressure ada naik sket...bukan asal makan garam tapi pasal kerja. Sebelum ni pon aku kerja dgn supervisor pompuan. Kejap kang suruh buat nih...pastu cakap tinggal kan dulu sebab ada keje la lagi urgent...pastu datang balik marah2...pasal tak buat keje yg dia suruh tinggal dlu tuh. Camna aku nak buat...? Keje yg urgent tu pon tak siap lagi. Makan taik la korg.

Aku sebenarnya suka gak keje dgn datin nih. Ada alasan sket, bleh masuk lambat n kuar awal. Ada hal sket bleh skip2 kejap. Bukan la nak makan gaji buta tapi macam ada urgent kena pi bank selesaikan hutang kereta. Bulih la escape jap. Tapi tu dulluuuu...skang ni dah banyak orang jadi balaci datin. Ceritanya bermula masa ekonomi tgh jatuh dan selepas sorg budak opis aku kena peca dgn alasan paling koman penah aku dengar, "he got something on my back and he always keep his work in secret", kata datin dgn bahasa ingglish yg konon power.

Bulih la dia pecat mamat tuh. Sebab mamat tu on contract basis. Tu pon sebenarnya bukan pecat. Suruh mamat tu blah dan jgn datang opis lagi. Gaji budak tu bos bayar sampai habis kontrak, which is end of this month. Nasib la aku permenent staff. Dia masih takut nak pecat aku. Tapi anything can happen. Dia ni bukan betul sangat kepala hotak dia. Ada ke patut cakap faraidh tu system pembahagian harta yg sangat tak adil. Masalahnya, bukan mufti yg buat system tuh. Pembahagian harta ni dtg dari yg punya kuasa sekalian alam. Argue la dgn dia kalu berani sangat.

Dah la selalu tak sign cek. Alasan taknak sign cek mmg klasik. Duit takde...camna dia tau duit takda sedangkan aku yg jaga duit (aku ni account executive kat opis nih). Dia pulak yg tau company takda duit. Dah la gitu, yg tak bestnya client sume cari aku bila cek tak sign. Takkan nak kata company takda duit. Mau diaorg tak bagi projek lagi. Mula la create bos takda nak sign la, signatory tak balik dari outstation la, bos tgh review la, accountant nak review la...dan client plak memanjang nak marah2 konon2 aku tak wat keje. Pasal tu la aku rasa pompuan mmg takleh jadi bos. Eh jap...jap...let me refrase....men are better boss then women. Haaa...baru betul tapi tu cuma pendapat aku je.

Dan yg paling tak tahan skali, dia dah halau aku dgn beberapa org lagi suruh cari keje lain. Kena plak dia sound aku tu dalam meeting. Sume orang tercengang dengar dia cakap camtu. Tapi aku percaya, kalau la masuk court benda nih...kompom sorg pon takkan ngaku dia cakap camtu kat aku. Selama ni aku tak penah mintak keje lain kecuali gomen. Tapi skang nih, aku mmg tgh berusaha mencari kerja, tak kira gomen atau swasta. Aku redah je.

p.s~sesapa yg tau bos dia nak guna pekerja akaun yg kacak...sila inform aku. Gaji musti lebih RM3k..kalau tak aku tak mau.

Sunday, February 14, 2010

Mintak Tolong Rakan2 Beri Pendapat

Dikala aku dan sang bini tgh dok kat umah mak di Bangi (mak dia aku panggil mak...mak aku digelar mama...), kami dah beli pon sebijik appartment kat Subang Bistari. Sebijik ni maksud aku satu unit. Bukan sebijik 7 tingkat tu. Subang Surya nama appartment tu. Tak pulak diwajibkan hisap rokok surya kat sana. Hari tu aku ada la jugak nampak org hisap rokok Nusantara.

Wlpn mak tak bagi kami tinggal jauh dari Bangi, tapi kami punya pendirian mak. Biarlah kami mulakan hidup kami. Takkan selamanya nak bergantung kat mak je. Sume la mak nak suruh tinggal kat umah. Payah la hidup kalu dapat keja kat Penang nak kena duduk kat Bangi jugak. Tu kalu kat Penang. Kalu kat Timor Leste? Kan ke dah merana nak kena naik flight hari2 pegi balik.

Jadi kami pon beli lah appartment yg sepertimana kemampuan kami. Nak beli banglow pon bulih. Tapi lepas tu kami tiap bulan makan rumput sama batu kerikil je la. Tu pon kalu JKR tak perasan kami kutip batu tepi jalan. Kami pon beli yg lelong. Murah sket. Atas pertolongan Byot, berjaya jugak kami miliki rumah lelong wlpn keluasan sekadar 770 sqft, iaitu hanya sebesar lebih kurang bilik aku kami kat umah mak nih.

Dah beli tuh, di'renovate'lah rumah dengan ala kadar punya renovation. Tu pon atas pertolongan Byot skali lagi perkenalkan kami pada seorg kontraktor Mat Indi bernama Abg Edi. Rudiyanto ke, Hardiyanto ke, tak pulak aku pasti nama sebenar Abg Edi tapi pesen2 tu la nama dia. Ganti tiles yg rosak (yg rosak je, kalu tukar satu rumah, nasib kami sama seperti beli rumah banglo), renovate dapur, pasang table top, buat kitchen cabinet, hanging cabinet, siap ada bar counter, repair pipe tandas, ganti lampu dan tombol baru, tak lupa jega kepada kipas ber"remote control", pasasng grill tingkap dan cat rumah. Malang skali Abg Edi pasal penginap yg sebelum ni sukakan paku. Ruang tamu ada paku, dalam bilik paku, dapur paku, toilet pon paku jugak.

Setelah habis bayar duit deposit rumah, renovation services, bayar legal fees, bayar tuntutan itu ini...maka lengkaplah rumah tu untuk kami menginap. Tapi belum lagi beli perabot dan segala isi rumah. Ada la kami tgk kat Ikea perabot itu ini...pastu kami rancang nak beli set bilik tidur, katil Queen Size, wardrobe 8 kaki x 8 kaki, meja solek...pastu dengan sofa bed dan simple wardrobe untuk bilik tapu...plus L-shape sofa dan meja TV kat ruang tamu. Rancangan kami tu kami batalkan lepas kami tgk tag price yg ada kat perabot2 tuh.

Ada la kami tgk kat tempat lain. Murah la sket dari Ikea. Yg lagi murah pon ada tapi kualiti macam kacang tumbok la. Baru sentuh dah bekecai. Yg bagus, berkualiti dan seakan-akan Ikea pon harga dia makan ribu-riban jugak. Jadi aku mikirin...aku isi dulu bilik tidur kami dan letak meja TV (ala...meja TV pon baru 200++...bukan yg penuh dinding tuh). Pastu aku beli mesin basuh dgn peti ais. Aku rasa tu je yg aku mampu beli skang nih.

Jadi, korg rasa Ok tak kalu aku isi bilik tidur Master dulu and ruang tamu ala kadar + mesin basuh dgn peti ais? Ni atas kemampuan aku skang...len kali bilik tamu aku isi la perabot jati, ruang tamu aku buat ada jakuzi, toilet aku kepala shower je ada 15 bijik. Tapi takat ni aku beli tu je la dulu. Korg rasa camna?

p.s ~ bukan aku taknak jemput korg datang rumah...aku kene buat jugak house warming...tapi takda sapa bleh tido kat umah la...mana de perabot dalam bilik tamu...toto ada la...tu pon nak kena pinjam kat mak aku dlu...

Thursday, February 11, 2010

Setelah Sekian Lama

Setelah 2 bulan lebih kurang menempuhi alam perkahwinan, masih lagi wangi kata orang, paham la sekarang berat tak berat tanggungjawab seorang suami...tu belum ada lagi sorg mendatang. Tu pon kalu sorg...tetiba jadi macam Jon & Kate plus tujuh puluh belas ratus....camna? Takpa la...tu bukan aku punya keja, mungkin aku punya keje jugak la tapi Allah punya penentu.


Berat tak berat tanggungjawab ni aku malas la nak cerita lebih2, cuma nak kongsi sengsara hati sket. Aku ni dok tinggal kat Bangi (nama tempat seakan-akan benar), aku keje kat Keyel, sang bini plak keje kat Fotin. Nak nempuh jem tu aje dah makan 3 jam sehari dari 24 jam masa seharian kami. Nak berpindah dari rumah mertua, mak mertua pulak tarik muka ketat. Nasib la aku ni didatangi dalam pakej mesra alam. Mak muka ketat je dgn sang bini...sang bini plak kasi balik ketat sepam dua. Tapi dgn aku, OK je.


Berat tak berat lagi tu...nak kena pegi jln2 rumah pakcik-makcik. Belah bos aku je adik-beradik 9 org. Belah ma'am besar sembilan jugak. Belah mak ada hmmmm...ntah berapa aku pon tak khatam lagi. Belah arwah ayah pon sama. Tak ke kalu ditambah tolak jadi tiga puluh ratus ribu juta belas ratus....ramai tuh. Belum sepupu-sepapat sang bini yg ramai dah beranak-pinak pon.


Tu pon tak berapa nak berat lagi. Belanja plak besar. Lepas ni nak masuk umah sendiri. Kat Subang pasal nak dekat dgn opis sang bini. Kesian dia drive jauh dari start keje sampai la dah kawin dgn aku. Aku jauh sket takpa...susah dia nak pantau aktiviti tangkis aku. Haaa...dah tau apa lagi...bila lagi nak tangkis...book la court cepat...raket aku dah menggigil nak libas shuttle nih.


Tapi tu la...berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Bebanan tanggungjawab yg cukup berat ni terasa ringan je bila balik umah sang bini kasi panas lauk (panas kan je, mak dah masak siap2) pastu kasi senduk nasi sepam dua, belah buah, togok air, layan Biggest Loser Asia seam sebelum masuk tido. Masa nak pi keje plak sang bini dah siap kasi bekal...ala kadar je. Kekadang roti bakar mentega je. Nasib baik sket dapat la roti bakar mentega tambah gula. Minggu ni dia buat roti bakar mentega ada Nutella (chocolate spread). Tapi yg penting ala kadar tu tema dia roti bakar la...


Jadi, kepada sesapa yg tak kawin lagi...sila la kawin cepat jika mahu setiap pagi anda bertemakan roti bakar. Pembakar roti korg jangan runsing nak beli. Korg mesti dapat hadiah kawin punya. Aku pon org bagi 3 toaster. Hari2 rasa roti dari toaster yg berlainan.


p.s ~ disebabkan tanggungjawab yg berat, sebelum kawin aku turun 6kilo...sang bini pon aku tgk slim fit je saiz dia...tapi sekarang pabila dah kawin kami telah kongsi berat yg sama....aku naik 5kilo...berat sama dipikul la katakan....

Tuesday, November 3, 2009

Rumah itu apa gunanya...?

Cuma gambar hiasan...kalau korang kaya rabak bulih la beli tanah...buat rumah camnih...

Aku skang tgh sibuk dgn preparation aku menjelang hari bahgia sebulan je lagi. Tapi aku tak lupa juga persiapan menjelang hari-hari yg mendatang. Jadi, di sini aku nak hebahkan bisnes yg aku baru ceburi. Ni pon tolong membe gak. Bisnes ini dikenali dengan PROPERTY MANAGEMENT.

Membe aku ni join satu company abang senior dia. Diaorg cari and jual rumah. Kira broker la tapi modus operandi diaorg lain sket. Kalu takat jual beli mmg kita panggil broker la. Tapi ni ada sedikit added value pada pembeli dan penjual sendiri. Maka, dengan itulah mereka menagmbil nama yg agak glam sket...PROPERTY MANAGEMENT...sekurang-kurangnya better than BROKER.

Diaorg akan meriki rumah2 yg murah untuk dibeli dan kawasan2 yg hampir atau dekat2 nak developed. So, harga di kawasan tu ada higher probability nak mencanak. Diaorg akan beli sebijik dua rumah kat situ then jual. Untung sket beli umah lain. Kalu tak dapat beli, cari plak kawasan lain. Atau yg lebih mudah kalu ada orang bertanya nak kan rumah. Kami menghendaki beberapa info, i.e.: Saiz rumah, jenis rumah, bajet, kawasan rumah idaman. Katakanlah ada org nak beli rumah 650sqft berjenama pangsa, berbajet lebih kurang RM100k kat kawasan Wangsa Maju, maka bergesalah kami mencari kat kawasan tuh. Kalau dapat OK. Kalau tak dapat plak kami akan cari dan cadangkan kawasan/harga/jenama yg lebih kurang. Tapi kami beroperasi sekitar kawasan berhampiran KL saje. Jangan plak ada yg mintak tlg riki rumah kat Timor Leste. Orang camni pon aku hak tuih sekali atas dahi.

Mereka ni jugak akan cuba untuk menjual rumah tu sama atau rendah sket dari market value. Selalunya org akan jual umah lebih tinggi dari market value atau kalu nak jual cepat, akan jual sama harga dgn market. Ini lah second added value dari company nih. Kalau rumah tu harga tinggi, maka terpaksalah company jual dgn harga tinggi. Tapi kalau rumah tu harga rendah, tetiba meletop pulak sebelum jual, maka diaorg akan try drop price supaya rakan2 yg baru nak naik ekonominya dapat mebeli rumah buat tempat berteduh dan berkeluarga suatu hari nanti.

Added value yg lain pula, mereka akan cuba apply loan supaya pembeli tak payah kuar down payment. Tapi, pembeli kena elligible la nak buat loan. Kalu kerja buruh kasar bergaji RM 1k sebulan, bulih buat loan sampai RM 80k, jangan plak mintak kat aku,"Nak, bulih cari rumah untuk pakcik? Rumah banglo kat Ampang Hilir sebelah Italy Embassy", mmg aku terajang je pakcik tuh. Jadi, mintaklah aku carikan yg pada-pada sket. Kalau aku pada-pada kasi Hikmat Syurga Meragut Lalang kat ulu hati kang ada jugak yg marah aku. Gaji, status kerja, dan bank requirement adalah point2 yg terpaksa diambil kira untuk kami push full loan. Kami juga bulih ejas guna akaun 2 KWSP.

Dan yg istimewanya kami (kami bukan manusia istimewa ye...) kami akan carikan penyewa jika mahu rumah itu diberikan sewa. Kami carik yg baek punya. Supaya rumah kalian tidak akan disarang-semutkan di kemudian hari. Kami akan uruskan pengurusan kemasukan penyewa dan pemilihan penyewa. Jika korg setuju, baru kami bagi org ni masuk. Jika tak, kami akan menggunakan pujuk rayu supaya diaorg keluar. Kalau berdegil, kami punya barisan peguam yg berwibawa. Diaorg ni ada kontet polis berpaku di bahu. Kalau degil jugak, kami panggil Sapok Biki dan Malek Noor. Baru korg tau diaorg ni gengste.

Jadi, kepada sesapa yg mau beli rumah atau mau aku carikan rumah, sila kontet aku di talian bebas...bebas la korg nak call sapa pon an an an...tapi call aku la nak tanya pasal rumah.
019-2298260
Atau ym aku (itu pon kalu aku on YM) a_hamdi82@yahoo.com

E-mail ni jugak aku gunakan untuk FB aku...tapi yg awek2 tu call je la. Kang bakal bini saya cemburu pulak ramai yg mesej saya kat FB. Ye la...saya tau saya ni kacak. Tapi jgn la pulak call selalu ye. Saya sayang dia tapi kalu nak call jugak, call la. Nanti saya masuk toilet atau buat2 nak pi kedai runcit. SMS pon bulih...nanti saya delete terus.

p.s ~ hujung minggu ni aku jadi tukang kayu....kena bantu bakal bini bina pelamin...

Monday, October 19, 2009

Bulan Syawal Terlalu Menyakitkan

Aku tak tau la. Sebenarnya Syawal adalah bulan yg sangat menyakitkan bagi aku. Ramadhan mmg kurniaan ilahi paling optimum. Wlpn masa Ramadhan aku selalu mengantuk kat opis, tapi aku rasa Ramadhan tahun ni aku sgt perform (kecuali 2 hari terakhir bekerja sebelum cuti raya). Berapa byk keje aku settle...berapa isu tertunggak aku bisa langsaikan...mmg sgt perform la aku Ramadhan nih. Tapi syawal mmg satu siksaan.

Sekalian umat sgt suka bila syawal menjelma. Takyah menyorok lagi untuk beli makanan di siang hari. Takyah hisap rokok dalam semak. Takyah beli drive-tru McD sambil pakai kaca mata hitam dan berpura-pura speaking London dalam loghat Liverpool. Makan di khalayak adalah dibenarkan. Jadi, tak perlu lagi berkelakuan aneh untuk makan. Makan saje seperti azali. Kena plak mmg ada lemang, rendang, ketupat pulut & daun palas, siap ada air longchan (siapa tak tau, sila ziarah kedai kopi kat kampong2 dan order air botol soda berbotol kelabu). Banyak la hidangan menanti yg tak perlu untuk disorok dalam kain pelikat sambil cover-line berlari bawak masuk bilik.

Inilah air botol longchan berperisa oren, eskrem soda dan sarsaparilla.

Sejak hari pertama aku beraya (tahun ni dan tahun2 sebelumnya), aku mmg tak punya kandungan serat yg tinggi. Asyik balun daging, pulut, daging, pulut...tu pasal ada rasa macam sembelit susah mau nyahtinja. Hari raya ke-2, macam biasa, proses penyahtinjaan sama jugak...SUFFER...!! Masuk raya ke-3 aku dah balun ubat sembelit sensei beli kat 7E pasal sensei sibok beraya (padahal sensei tu bukan islam). Lepas 15 minit, sambil menyental beberapa bijik pisang dan semangkuk laksa, barulah mood termenung datang melanda. Beresss...!! Tenang sket rasa di perut.

Bila dah balik KL, mula la open house sana sini. Takkan nak biarkan je. Al-mubazziruun ikhwan asy-syayatin. Aku pegang pesanan tu supaya tak sesat dunia akirat. Balik je terus perasaan suffer datang melanda sekali lagi. Nak dicarut, perut sendiri. Pasrah la aku menahan gelojak sembelit. Ditahan sakit, dibuang sayang. Kepuasan tu terbatas bila mencangkung dan perlu meneran to the max. Jika teran sket2 terus kuar sume baru puas. Ni tak...10 minit suffer dalam toilet, ada la tinja terkumpul seberat 2gram.

Tapi sekarang aku dah ada jawapannya. Jawapan pada penyakit aku ni aku dapat masa balik kampong. Atok aku stroke...dia tak kuat untuk makan dan badan dia tak kuat untuk meneran tatkala tinja di bibir jubur. Jadi abah aku bagi satu ubat...tak payah injeksyen...terus duduk keluar sume isi perut. Bulih juga digunakan untuk menguruskan badan tapi kalau ada side effect, pandai2 la. Inilah jawapannya.....:Beli je kat farmasi mana2...

p.s~ini bukan iklan racun perosak...


Friday, October 9, 2009

Voice of Heaven and Earth

Maka tersebutlah al-kisah dimana delapan orang jejaka baru saja mencapai usia akil baligh bersatu di dalam sebuah kumpulan satuan suara yg dipanggil kumpulan THE VOICE OF HEAVEN AND EARTH. Kumpulan ini diketuai oleh jejaka kacak yg agak obes sifatnya, Mohd Firdaus Razali, dan dibantu rapat oleh teman sepermainan beliau, Irwan Effendi Bahtiar a.k.a Mat Rocco. Para bintang di sebalik kumpulan ini terdiri dari Ijan, Mok Adi, Fatah, Pak Tam Jr, Lutfi dan si penulis. Kami biasa juga dipanggil untuk majlis2 pembaptisan anak2 kecil dek kerna kelunakan suara setiap ahlinya yg tiada tolok banding komitmen kepada kumpulan ini.

THE VOICE OF HEAVEN AND EARTH semuanya terdiri dari golongan bijak pandai yg kini berjaya di dalam career masing2 di arena pekerjaan. Tetapi dahulu mereka ini menuntut ilmu memenuhi dada di menara gading antarabangsa di negara sendiri buat bekalan menghadapi cabaran dunia yg semakin menekan kehidupan remaja. Ilmu islam, sains politik, perakaunan, ekonomi lanjutan dan pengurusan perniagaan adalah bidang yg sangat popular masa itu. Namun begitu, ilmu seni suara juga tidak dilupakan. Latihan keras seperti makan telur ayam kampung mentah di pagi hari, memetik gitar untuk diserasikan bersama suara, memberi makan ikan INSANEQUARIUM, memecah rekod Zuma, mengurus pasukan dalam CM adalah latihan asas disamping bersukan futsal di petang hari bagi kumpulan ini.

Latihan gabungan suara dan latihan mengayat gadis pengurusan kumpulan nyanyian akhirnya berbalas pabila terdapat pertandingan nyanyian SUARA RAMAI di menara gading tempat sekalian jejaka menuntut ilmu. Dengan persediaan yg rapi, mereka mengisi borang lengkap untuk pertandingan terbabit dalam tulisan rumi walaupon menara gading tersebut adalah menara gading islamic yg sepatutnya menggunakan tulisan jawi. Malam rehersal berlangsung dengan kami mempersembahkan lagu dalam key C-majora yg sangat sinonim dengan tone suara kami. Kami berjaya ke peringkat seterusnya. Saingan rapat kami adalah kumpulan nyanyian nasyid yg sangat kontemporari lagunya.

Di hari pertandingan akhir, kami berpakaian serba hitam kecuali Bob Firdaus. Seperti selalunya, beliau mengenakan pakaian gelap batik yg dijahit sendiri oleh ibu kesayangannya kerna dia sendiri agak obes dan payah untuk mencari baju yg ngam untuk sosok tubuhnya. Pakaian ini juga merupakan pakaian rasmi yg dikenakan semasa mengadakan latihan memberi makan ikan INSANEQUARIUM sambil berteleku di depan PC. MC pada masa itu bertanyakan mereka tentang nama kumpulan yg akan dihebahkan sebentar lagi. Dengan bongkak Mat Rocco berkata, "Kami digelar THE VATICAN BOYS". Dengan mudah MC me'reject' nama samaran yg diberi. Lantas Bob menggenengahkan bakat pengurusannya. "Sebut je nama kami THE VOICE OF HEAVEN AND EARTH". Muka MC bercahaya girang.

Sebelum naik ke pentas, sempat juga kami mengaplikasi latihan mengorat gadis belakang pentas dalam perjalanan menuju pentas persembahan. Mereka memulakan persembahan dengan intro lagu hindustan. Peminat di barisan hadapan dah histeria. Juri dah bebuih mulut tanda kemenangan kami. Masuk pada lagu pertama dengan lagu irama Gospel. Beberapa baris pondan nampaknya telah inzal dengan kelunakan suara Ijan. Si penulis juga dapat tahu, beberapa orang pondan telah meng'offer' Ijan untuk mereka tiduri. Sehingga kini Ijan masih tidak mengaku walau Si Penulis dapat info dari sumber yg bulih dipercayai. Lagu seterusnya bertema kehidupan sejagat. Semua lagu, termasuk intro, telah berjaya menarik perhatian hakim pada rupa paras setiap penyanyi. Vokal terbaik hanyalah milik Mat Rocco.

Semasa mereka diumumkan sebagai pemenang, serta merta kedengaran suara dari kompetiter yg lain,"Ye la...mmg kita ni rebut no2 dgn 3 je". Turunnya mereka dari pentas pelbagai kaedah ucapan tahniah diucapkan. Jawapan mereka adalah seperti berikut:

Bob: Terima kasih. Kami mmg dah jangka menang ni sebab kami berketrampilan. Tak macam yg lain. Apa jadah Pertandingan Nyanyian Berkumpulan tapi main band kat atas pentas...?

Mat Rocco: Ya...ya...saya tahu saya kacak...itulah punca utama kemenangan kami.

Mok: Saya biasa makan nasi lemak kerak ayam di Bangsar...jumpa saya di sana jika ingin dapatkan tandatangan dan nombor talipon.

Pak Tam: Hehehehee...takda la...kami biasa2 je (tanpa keyakinan diri...jawapan ni paling low standard dikalangan ahli kumpulan).

Lutfi: Ayang...jangan macam ni...saya terpaksa layan peminat ni...saya tau suara saya sedap dan rupa saya kacak...tapi, awakla sorg saja di dalam hati saya...(SMS buat kekasih)...ah, ni sapa nama tadi...? Alin, Sarah, Qistina, Marlia...ye ye...saya single lagi...

Fatah: Nama saya Fatah. Rakan saya panggil Fatah Robot sebab saya bulih berlakon menjadi robot (sambil membuat aksi Peter Crouch lepas skor gol...gadis2 sunti berkerumun di sekeliling Fatah sambil bersorak girang).

Ijan: Jumpa kat bilik la. Kat sini ramai orang (jawapan buat sekumpulan pondan). Yg kalah tu sume bulih tumpang popular kami jugak...jgn la malu2...takpa, kami tak amik hati...kami tau kami menang dan kamu kalah (jawapan Ijan aku bagi A...sambil jawab sambil membongkak).

Si Penulis: Gadis urusetia...saya lapar. Ada roti tak...? Saya tak makan dari petang tadi. Iye la, duit PTPTN pon dah abis buat joli. Awak ada duit...? Bulih kita pegi tgk wayang esok. Awak belanja. Kita naik bas je la...save sikit awak bayar nanti. Makan saya belanja. Shukurla...esok saya bawak bekal roti ni dengan air sejuk. Ini aje yg saya mampu.

Berbaju Hitam dari kiri: Fatah Robot, Pak Tam a.k.a Tamio, Si Penulis.
Berbaju Putih dari atas: Rocco, Mok, Lutfi, Ijan.
Berbaju batik belang hitam putih: Bob "The Obes" Firdaus
Imej dihitamkan: Hadi.

p.s ~ diilham dari sini

Thursday, October 1, 2009

Perjalanan Ini Sudah Bermula

Setelah dibelek-belek, ditenang-tenang, diselak-selak, dan dirungkai-rungkai...rupa-rupanya perjalanan hidup aku untuk menempuh alam perkahwinan, sudah bermula. Aku mula pening, tekanan, di ambang wati, digiris dunia kejam...dan kurang selera untuk melantak dengan byk. Aku rasa betul jugak kata2 adik pompuan aku, Nora. Aku mungkin kehilangan selera sebab stress dgn proses pra-perkahwinan.

Untuk Si Dia: Kasut-sudah, Baju-sudah, Telekung-sudah, Henbeg-sudah, Jam-sudah, Perfume-sudah, Baju satu lagi-sudah, Baju kawin-kain sudah beli tapi belum pi hantar jahit, Gelang-sudah, Maskawin & hantaran - sudah cuma belum hantar je lagi.

Untuk Si Aku: Kasut-belum (aku kena beli sendiri, takut nanti kalu dia beli aku tak suka), Baju-belum (tapi aku ada dah usha2, ni pon aku beli sendiri), Jam-sudah, Perfume-sudah, Baju kawin-sudah tempah, Aksesori lelaki-sudah, rawatan dan urutan praperkahwinan-belum lagi dan tak tau nak pegi ke tak (sakit woooo kena urut), PS3, Wii, PSP dan pelbagai konsol lain-Si Dia tak mau kasi...nanti aku dok main game...kurang masa untuk Si Dia. Tapi aku tetap mendambakan konsol permainan suatu hari nanti.

Buat kami: Kursus kawin-sudah, Sijil kursus-sudah, HIV test-sudah, Talesemia (ntah betul tak ejaan)-tak buat lagi tapi akan dilakukan jika jabatan agama menghendaki kami melakukannya, kad kawin-sudah draft tapi belum dapat reply dari pencetak (sabar ye rakan2), daftar nikah-masih belum, kenduri-kendara harapnya dah plan la (aku serah bulat2 kat abah aku), rumah untuk kami berlindung dari panas dan hujan-belum cari lagi (harap2 ada rakan2 yg sudi membantu *wink-wink Byot*).

Maka, jika dilihat dari segi luaran, segala penangguhan adalah dari pihak AKU. Bukan pihak mak aku, bukan pihak abah aku, dan bukan dari pihak Si Dia. Hahahahahaaa...maka, Si Aku dengan rendah diri ingin menjemput segala isi bumi, makhluk Allah, rakan-taulan, bekas-bekas kekasih, dan seluruh umat islam yg mengenali diri ini untuk hadirkan diri di hari pernikahan kami pada 5 Dec 2009, Sabtu di Seksyen 3 Bangi (address aku tak hengat). Belah aku plak pada 12 Dec 2009, Sabtu di Kampung Kundur Hilir, Rembau Negeri Sembilan. Tapi, jgn datang ramai2 kat rumah aku. Nanti aku letih dan tak perform.

p.s ~ sila bawa bersama hadiah dan duit kaut...kalu boleh sila beri hadiah yg rat-rat, rib-rib, pul rib-pul rib, rat rib-rat rib dan yg lebih tinggi nilai residual nya...

Friday, September 18, 2009

Ramadhan Dah Abis...Tahun Depan Plak Terawih

Dulu masa kat kampung, aku mmg malas nak pi semayang terawih. Ada 2 sebab je aku pegi terawih kat kampung. 1st - Kalau En Halim Kolam a.k.a abah den mengamok suruh pegi dan 2nd - Kalau pegi rumah atok. Tak dapat lari, mesti pegi sebab atok aku imam kampung. Skang abah aku ni plak dilantik jadi imam simpanan kat kampung aku. Imam simpanan ni kira macam substitute dalam team bola la. Kalu yg lain takde baru la dia kena jadi, or tetiba Imam 1 tolak dia suruh jadi imam.

Abah aku ni plak, walaupon imam substitute, aku tgk dah macam super-sub. Ala...macam Karel Poborski, Ole Gunar Solskjaer, Ruud Gullit masa dia jadi player/manager dan player2 legend yg sewaktu dengannya. Mana taknya, abah aku mengajar mengaji kpd orang tua kat kampung (kasi betul tajwid...ajar baca juzuk amma je), selalu kena jadi imam terawih, apa2 majlis pasti kena jemput cuma kekadang kena jadi ketua baca Yaasin dan Tahlil, kekadang jadi tukang allocate and arrange sapa nak buat keja, dan macam2 lagi. Rajin betul orang tua nih. Kalau takda dia, Imam 1 dah runsing padahal ada je Imam 2 dgn tok siak ke, bilal ke dan AJK masjid yg lain. Tapi abah aku jugak yg dia cari. Dah satu hal takleh nak jalan2 lama sgt.

Tapi takda hal la. Aku bleh jalan sendiri. Ma'am besar umah aku pon ada kete sendiri, bulih drive sendiri and bulih naik bas kalau malas nak drive. Aku pon malas gak nak drive sbenarnya. Pasal tu aku selalu balik kampung naik bas. Rasa macam orang kaya...ada driver. Aku baek punya nganga kat belakang. Adik2 aku pon bulih drive mak aku pegi mana2. Kira mak aku skang dah jadi macam Nyonya Besar. Mana nak pegi, ada je anak2 kena jadi driver. Ala, kira apa....? Dulu dia lagi la bawak kami 9 beradik dalam perut lagi. Nasib aku lelaki...tak bleh mengandung. Kalu tak mau cirit aku bawak budak.

Kami 9 beradik ni plak skang dah OK la. Takde la setan sangat. Tak macam dulu. Tak abis2 nak gaduh, memekak, berebut remote control, mandi lambat, makan banyak dan macam2 lagi perangai setan kami. Tapi biasa la kan....budak2. Kalu dah besar pon jadi camtu lagi aku rasa mau mak aku sembelih sekor2 buat rendang raya. Bulih jugak ajak Sumanto datang raya (PERHATIAN: Sumanto adalah rakyat Indonesia, juga seorang kanibal - http://id.wikipedia.org/wiki/Sumanto ). Adik2 aku pon skang dah OK. Sume dah jadi orang. Sume dapat blaja tinggi2, blaja universiti, dapat ijazah, ada yg masuk asrama, keje elok2. Ye la...mana kita tau tuah manusia kan...? Lain la nama dia Hang Tuah. Tau la tuah dia kat mana (kat huruf TA). Abang aku dah kawin pon. Anak dia pon dah tumbuh gigi. Jangan dia gatal gusi gigit aku sudah.

Rutin raya kami plak sama je tiap2 tahun. 1 hari sebelum, kumpul kat umah atok, gotong-royong buat lemang, rendang, sup tulang, sup gear-box, dan mengemas rumah atok. Masa berbuka, kami akan berkumpul kat dapur dan berbuka ramai2. Sapa tak posa kena dok kat ruang tamu. Aku ingat pasal ni la dulu aku puasa penuh. Orang nikmat makan kat dapur, aku baek punya tgk Doraemon. Nak mintak sket pon takleh. Lepas berbuka, semayang maghrib ramai2. Lepas tu belasah makan sup pulak. Then, semayang isya' and buat tahlil dan takbir. Malam dah larut sket, kami pon balik umah, ready ntuk orang datang takbir plak. Lepas abis orang balik, baru kami bulih tidoq.

Keesokan harinya, kena bangun awal. Yg laki2 sume pegi ikut abah, semayang kat masjid kat umah atok. Pompuan datang kemudian. Lepas semayang, takbir, then, pi kubur. Abis tu pegi umah Mak Lang. Pastu ronda2 kampung, buat collection. Aku tgk budak2 kecik dah macam Ah Long. Pegi serang umah orang, collect duit, beli bahan bakar seperti Thunder-Clap dan serang umah orang. Biasanya rumah orang yg bagi duit paling sikit. Petangnya plak, kami siap2 ntuk balik Ipoh. Raya umah Opah plak.

2nd day ada open house kat umah Opah. Kami sediakan makanan dan buat macam stall kat Food Court. Malamnya plak, kami raya umah sedara yg dekat2. 3rd day kami raya sekitar Ipoh, Gopeng, dan kawasan2 yg sewaktu dengannya. Lepas tu, sket2 pakcik-makcik aku balik KL untuk sambung rutin harian bekerja. Skang aku plak yg kena sambung rutin harian iaitu bekerja dgn datin.

Hujung tahun ni aku kawin. Mungkin rutin raya aku dah tak macam nih. Cuma aku harap takkan banyak berubah daripada nih. Aku bajet macam nih jugak cuma penambahan, sebelum balik Ipoh mau kena raya kat Bangi. Lepak sepam dua...layan Lawak Raya Bersama Zizan, baru balik Ipoh. Harap2 bakal bini aku setuju. Kalau tak setuju aku pujuk kasi setuju. Kalau tak setuju jgk aku amik kelas tusyen dengan Vladimir Putin subjek Kuku Besi dan Diktatorship Level 18.

p.s - selamat hari raya...maaf zahir batin...