Thursday, May 6, 2010

Rumah ku...Rumah Bini ku

Secara lazimnya, setelah mendirikan rumah tangga, pasangan suami isteri lebih cenderung untuk menginap sendiri tidak kira rumah sendiri beli, rumah hadiah mak bapak sebab mak bapak kaya rabak, rumah sewaan, atau bilik sewaan. Janji sendiri duduk. "Kami ingin privasi yang maksimum", ulas membe aku ringkas. Tapi ada je yg masih duduk dengan mak bapak. Mungkin rumah mak bapak besar, dan berhampiran tempat keje, atau lebih selesa. Tak jadi hal le sume tuh. Ada sorg senior aku tinggal ngan mak bapak lagi walau dah berderet anak dia.


Dengan intro yang agak panjang, ingin aku memulakan bicara pasal rumah yg aku duduk skang nih. Rumah ni sang bini beli lelong. Buat loan CIMB, atas pertolongan rakan karib, saudarai Byot (sesapa nak cari umah area KL/Selangor, sila kontet dia). Berkeluasan 770sqft atau dalam bahasa melayu nya kakipesegi...rumah ni bukan la besar mana pon tapi sangat selesa. Kami pon baru berdua. Kalu bertiga pon tak jadi hal lagi. Skang ni kami masih berurusan nak tukar nama.


Dah beli umah ni plak, kene buat minor reno la. Masa beli tu tgk tiles pecah, tombol pintu rosak, paip jamban takleh guna (camna aku nak berak?), kipas tak berfungsi, lampu tak nyala, dan macam2 lagi. Reno plak, dengan ngada2 nya kami letak sikit ampaian...rumah ni takdak beranda la, payah nak sidai kain. Tambah plak bar counter kat dapur. Peeerrgghhhh...macam style gila gua rasa. Makan berdua dgn sang bini dok kat bar counter dengan kerusi tinggi. Dengan reno nih, habis la sedikit pendapatan kami.


Dengan berbaki sikit pendapatan...kami cari peralatan lektrik yg penting = mesin basuh, peti ais. Kami usha kat Bangi...HLK. Perrgghhhh...ada promotion Samsung. Peti ais Samsung (yg paling murah) + Mesin basuh auto LG (jugak yg paling murah) dapat la dalam RM1k++ siap hantar. Aku dah cukup puas hati. Tapi target kami seterusnya....Furniture and Fitting dalam istilah accounting nya.


Pendapatan kami ada la berbaki dikit2 je lagi. Kami pon menuju ke arah Ikea untuk cari perabot. Target kami tak banyak, 2 almari (1 master, 1 bilik ke-2), queen-size bed, katil bujang untuk bilik ke-2, rak TV, L-shape sofa. Macam bangsat...tu je dah lebih 10k. Maka, lawatan kami ke Ikea ptg tu hanya sia2.
Sudahnya, kami cilok katil lama yg ada kat umah mak. Cantik jugak katil tu walau nampak agak antik. Jadi, target perabot kami bertukar rupa kerna baki uwang sudah dikit2 aja. Target kami beli sebijik almari, tilam dan rak kasut. Kami tuju arah Plaza Perabot LDP. Gua ketuk gila kat mamat bangla yg jual tuh. Memandangkan dia tgh hangin dgn bos dia, dia bagi kitaorg diskaun gila2 punya. Maka, misi kami tercapai.


Sekarang kami masih takdak sofa. Tilam pon letak kat ruang tamu je pasal kipas dalam bilik salah pusing. Angin pegi atas, tak pegi bawah...panas. Rak TV pon takdak lagi. Maka, kami tidak akan menjemput atau mengalu-alukan kedatangan tetamu buat masa ini. Ama...mintak mahap bebanyak. Kalu ko datang jugak, kami tak dapat halang tapi tulong bawa bersama piza ke, ayam golek ke, nasi briyani gam ke...jadi lah. Kami pon takdak tong gas lagi. Masih takleh masak.


p.s~gua bosan tunggu sang bini balik dari opis....astro masih belum aktif.

No comments:

Post a Comment