Thursday, July 30, 2009

Aku Secebis Ikan

Ah...mana plak kawan aku ni...? Kengkawan aku sume nama ganas2...PARANG, BUNTAL, KAPAK dan macam2 lagi la. Kami tinggal dalam keadaan yg sangat harmoni. Kumpulan nasyid CETUSAN HARMONI pon tak harmoni macam kami. Kami tinggal pulak dalam environment yg sangat penyayang. Kengkadang bengang gak dgn geng2 Awang Ganu. Tapi nak buat camna...? Dah nasib kami. Ada jugak bomoh kampung aku ajar cara nak ngelak dgn Awang Ganu ni tapi ramai je membe2 aku yg kena tangkap. Sedih aku....

Kat tempat aku, aku ni kira kacak la. Ramai gak yg nak ngorat...tapi aku buat tak reti je. Kadang2 aku saja libas2 budak yg nak ngorat aku. Padan muka korg...ingat aku nak layan muka cam ikan bilis...? Takat muka cam ikan talang, mak aku buat gulai ikan masin je. Tapi hati aku kengkadang teringin gak nak ada awek macam Kak Yong. Lawa pon lawa gak...seksi plak tuh. Tapi sapa la aku ni kan...bak kata org tua2 yg selalu gak aku dengar Awang Ganu cakap bila membe dia suruh pinang anak ketua kampung...SAPE LA NOK KE AKU....DIE TU MEGHOK KAYANGE, AKU NI GAGAK HAK DOK PASAR PAYANG NUNG...

Tapi ada gak yg aku tak puas ati. Rasa nak pindah je rasanya. Tempat aku ramai kaki buli. Dalam senyap, diaorg ni terus belasah kitaorg. Kengkadang tu diaorg belasah sampai lunyai. Takpa la, tapi ni yg aku marah pasal dok tinggal cebisan2 membe aku. Nak aku report pulis, tak tau plak kat mana balai. Kang diaorg tau, takut aku plak yg kena belasah. Tak pasal2 mati plak aku. Tapi takpa, dalam pakej yg sedang2 kacak dan agak menarik penampilannya, aku dikira makhluk yg agak bertuah sebab dilahirkan begini. Takda la macam mamat sekor ni...KETUTU nama dia. Nama je dah buruk...orangnya korang baik tanam azam supaya tak penah nampak mamat ni. Tentu arah korg akan lagi. Muka lebih ganas dari banduan penjara.

Bernasib baik lah aku sebab penah satu hari tu ada sorg mamat nih bawak aku balik umah dia. Dah la lawa umah dia. Besor pulak tuh. Lampu lip-lap sentiasa terpasang walau bukan hari raya puasa. Puasa pon aku tak penah. Tapi raya tiap2 hari. Tak ke show camni. Ramai plak membe2 baru. Awek lawa2 plak tuh. Dan aku ada memendam rasa kat sorg awek nih. Org panggil dia ANA...tapi org lain dah sound aku awal2, jgn dekat ngan budak tuh. Jenis buruk lantak budak nih. Tapi aku pedulik hapa...kalu aku dah suka, dia nak makan dedak satu lori aku sediakan. Ingat aku takda duit ke? Emas aku bertimbun la.....

Dalam pada menaruh perasaan tu, aku masih tak berani nak tegur si Ana ni. Dia selalu lepak ramai2 dgn kawan dia. Segan plak aku kalu ngorat dia nanti tetiba dia rejek. Tak ke malu aku kat situ. Dah tentu membe2 dia gelakkan aku. Aku mesti pasang strategi nih. Aku belikan gelang emas, cincin emas dgn rantai emas bagi kat dia. Mana tau tetiba dia suka plak aku bagi benda2 tuh kat dia. Aku dah mula pasang angan2 lepak tepi kuala dgn si Ana. Tentu romantis masa tu. Duduk berdua, tanpa gangguan, ditambah keadaan suram malam, dengan angin sepoi2 bahasa. Aku bajet kalu Kak Yong pon mesti cair bila aku buat gitu.

Sampai satu masa yg paling sesuai. Barang sume aku dah ready, si Ana pulak aku nampak dok jln2 sorg dia je. Ada chance nih...aku atur langkah. Pegi sebelah...aku mula bicara...SORG JE? MANA KENGKAWAN AWAK YG LAIN? Aku tgk muka dia senyum je. Macam malu2 bila aku atur ayat gitu. SAYA MAS...BUKAN MAS JOKO YE...AWAK ANA KAN? ....A'ah...Aku mula rasa self-esteem aku memuncak selepas jawapan ringkas dari Ana. Tegak je rambut remos aku. Saje aku tegakkan lagi. Kasi nampak serupa dgn Cristiano Ronaldo. Mana tau kalu dia ni bini org. Bulih aku rampas. Aku rasa respon baek nih. Aku try hulur barang hadiah.

NI UNTUK AWAK...SUDI KE AWAK JADI KAWAN SAYA? Sambil aku hulur tu aku saje tenung dia lama2. Geram aku tgk budak Ana nih. Comel betul. Malu2 plak tuh...AMBIK LA...JGN MALU2...Dia dah mula hulur tangan dia. Zappp...dia grip aku...PEEWWIIITTT...MARI KENGKAWAN...LAUK KITA NIH...terus tanpa aku sedari membe dia dah rapat sambil cuba gigit aku. Cilake sungguh...terperangkap aku...tinggal la cebisan2 halus je berselerak atas tanah. Sempat jugak aku usha Ana...jenis karnivor rupanya minah nih...

p.s - entry kali ni untuk Ama...aku dah janji nak buat autobiografi AKU SECEBIS IKAN...tapi apahal ikan emas asal dari laut...dok pulak dalam akuarium dgn pirana...apa ada hal....?

Friday, July 3, 2009

Masih Ada Yang Sayang

Masa aku umor setahun jagung, aku tinggal dgn opah aku. Masa tu atok aku masih ada. Walau kepala dia sudah boteng (Botak Tengah) dan beruban, tapi diaorg mmg cool. Opah aku cerita dulu dia mintak modal nak beniaga nasi lemak kat depan umah tapi atok aku tak bagi. Walaupon begitu, tiap hari dia balik dari keja, dia akan beli cekelat DING-DANG dan set mainan askar kat aku. Mungkin dia nak satu hari nanti aku jadi sojar tapi malang, aku terjebak kelembah perakaunan.

Lepas dia meninggal, ma'am aku amik jaga aku balik pasal taknak nyusahkan opah aku. Ye la...aku ni kan gengste. Kang susah nak jaga. Dah tu plak masa tu tgh pakej comel dan segak lagi. Seluar pon Kiko dgn Kiki Lala. Bos aku pon masa tu tak berapa nak garang lagi. Masih bulih control. Masa tu jugak adik bawah aku baru lahir. Aku pon dah nak masuk tahun kedua usia belia aku. Lepas tu plak kitaorg pindah Kelana Jaya lepas beberapa tahun tinggal kat area Subang. Masa tu Opah aku selalu gak datang umah. Saje nak lawat anak cucu.

Masa ni aku dah sekolah dajah satu. Adik2 aku pon dah ada 3 org. Maknanya aku ni dah tergolong dalam golongan yg tidak diendahkan lagi. Tak macam masa kecik sket. Waaa skali dapat cekelat tu. Waaa skali lagi dapat selipa Batman. Skang ni waaa skali, pang 2-3 kali. Tu pon nasib dapat pang je. Kalu dapat debik dushum dushum skali camna. Yg tu pon slalu gak kena. Pastu dek kerna selalu tgk drama melayu, maka bercita-citalah aku untuk lari dari rumah. Konon cam bos ngan ma'am aku dah tak sayang lagi la. Terasa macam anak angkat pon selalu gak.

Penah juga aku buat perancangan lari dari rumah. Pecah tabung, tulih surat, letak dalam sampul wangi, letak kat kabinet dapur (port ma'am aku nak memasak), tgh ma'am aku layan Oshin aku lari bawak beskal BMX yg bos aku beli. Dari beskal tu ada 4 tayar sampai tayar tinggal 2 tayar aku guna beskal tuh. Penah gak teringin nak tukar. Tapi niat tukar tu terpaksa dibatalkan selepas kena belasah dgn bos aku depan kedai beskal. Terus keluar dari umah. Tak tutup pintu pagar pon lepas kuar tuh. Arah tujuan yg pertama adalah rumah membe aku selang 2-3 lorong dari umah aku....Gan nama dia. Cina budak nih.

Tetiba perut terasa lapo. Singgah dulu kat ane kacang putih. Beli kacang 50 sen dgn cinggam 20 sen. Pastu beli gula2 singgit. Kira la, masa tu sposen dapat 3 bijik. Singgit tak ke 30 bijik gula2 ada dalam kocek aku. Bangga je dapat beli gula2 banyak2. Ada gak budak yg tgh tunggu turn jeles tgk aku isi gula2 byk dalam kocek. Diaorg takat beli sposen dua je. Sempat gak aku pesan kat diaorg TU LA...LEN KALI NAK BELI CAMNI LARI LA DARI RUMAH...BARU BLEH BELI GULA2 BYK... Aku tak pasti budak2 tu ikut ke tak nasihat aku.

Tiba depan umah Gan mak dia ada depan umah. Aku masuk terus sambil senyum sket je kat mak dia. Takut kang kena soal siasat. Dah la aku nak ajak Gan lari sama. Dia ada satu set robot Voltron. Bulih jugak hilangkan rasa bosan masa lari dari rumah nanti. Masuk je bilik dia aku terus terangkan sket2 plan aku sambil hulur gula2 beberapa ketul buat pembakar semangat. Time nak kuar dari umah Gan tetiba mak dia panggil masuk balik. HAMDI...TUNGGU DULU LA...MAKAN PIZZA AUNTY BELI NIH...KEJAP LAGI BULIH KELUAR MAIN. Tgh makan tu mak Gan call mak aku. Lepas makan terus mak aku panggil balik makan sukun goreng letak gula. Gan dgn mak dia skali kena ikut aku balik.

p.s - walaupon ma'am dgn bos aku selalu marah aku...tapi aku tau diaorg mmg cool dgn aku. Alfatihah pada Muhd Azizul Afifuddin, adik ecah. Walaupon dia dah pergi, masih ramai yg tetap menyayangi kita yg tinggal nih.