Monday, October 19, 2009

Bulan Syawal Terlalu Menyakitkan

Aku tak tau la. Sebenarnya Syawal adalah bulan yg sangat menyakitkan bagi aku. Ramadhan mmg kurniaan ilahi paling optimum. Wlpn masa Ramadhan aku selalu mengantuk kat opis, tapi aku rasa Ramadhan tahun ni aku sgt perform (kecuali 2 hari terakhir bekerja sebelum cuti raya). Berapa byk keje aku settle...berapa isu tertunggak aku bisa langsaikan...mmg sgt perform la aku Ramadhan nih. Tapi syawal mmg satu siksaan.

Sekalian umat sgt suka bila syawal menjelma. Takyah menyorok lagi untuk beli makanan di siang hari. Takyah hisap rokok dalam semak. Takyah beli drive-tru McD sambil pakai kaca mata hitam dan berpura-pura speaking London dalam loghat Liverpool. Makan di khalayak adalah dibenarkan. Jadi, tak perlu lagi berkelakuan aneh untuk makan. Makan saje seperti azali. Kena plak mmg ada lemang, rendang, ketupat pulut & daun palas, siap ada air longchan (siapa tak tau, sila ziarah kedai kopi kat kampong2 dan order air botol soda berbotol kelabu). Banyak la hidangan menanti yg tak perlu untuk disorok dalam kain pelikat sambil cover-line berlari bawak masuk bilik.

Inilah air botol longchan berperisa oren, eskrem soda dan sarsaparilla.

Sejak hari pertama aku beraya (tahun ni dan tahun2 sebelumnya), aku mmg tak punya kandungan serat yg tinggi. Asyik balun daging, pulut, daging, pulut...tu pasal ada rasa macam sembelit susah mau nyahtinja. Hari raya ke-2, macam biasa, proses penyahtinjaan sama jugak...SUFFER...!! Masuk raya ke-3 aku dah balun ubat sembelit sensei beli kat 7E pasal sensei sibok beraya (padahal sensei tu bukan islam). Lepas 15 minit, sambil menyental beberapa bijik pisang dan semangkuk laksa, barulah mood termenung datang melanda. Beresss...!! Tenang sket rasa di perut.

Bila dah balik KL, mula la open house sana sini. Takkan nak biarkan je. Al-mubazziruun ikhwan asy-syayatin. Aku pegang pesanan tu supaya tak sesat dunia akirat. Balik je terus perasaan suffer datang melanda sekali lagi. Nak dicarut, perut sendiri. Pasrah la aku menahan gelojak sembelit. Ditahan sakit, dibuang sayang. Kepuasan tu terbatas bila mencangkung dan perlu meneran to the max. Jika teran sket2 terus kuar sume baru puas. Ni tak...10 minit suffer dalam toilet, ada la tinja terkumpul seberat 2gram.

Tapi sekarang aku dah ada jawapannya. Jawapan pada penyakit aku ni aku dapat masa balik kampong. Atok aku stroke...dia tak kuat untuk makan dan badan dia tak kuat untuk meneran tatkala tinja di bibir jubur. Jadi abah aku bagi satu ubat...tak payah injeksyen...terus duduk keluar sume isi perut. Bulih juga digunakan untuk menguruskan badan tapi kalau ada side effect, pandai2 la. Inilah jawapannya.....:Beli je kat farmasi mana2...

p.s~ini bukan iklan racun perosak...


Friday, October 9, 2009

Voice of Heaven and Earth

Maka tersebutlah al-kisah dimana delapan orang jejaka baru saja mencapai usia akil baligh bersatu di dalam sebuah kumpulan satuan suara yg dipanggil kumpulan THE VOICE OF HEAVEN AND EARTH. Kumpulan ini diketuai oleh jejaka kacak yg agak obes sifatnya, Mohd Firdaus Razali, dan dibantu rapat oleh teman sepermainan beliau, Irwan Effendi Bahtiar a.k.a Mat Rocco. Para bintang di sebalik kumpulan ini terdiri dari Ijan, Mok Adi, Fatah, Pak Tam Jr, Lutfi dan si penulis. Kami biasa juga dipanggil untuk majlis2 pembaptisan anak2 kecil dek kerna kelunakan suara setiap ahlinya yg tiada tolok banding komitmen kepada kumpulan ini.

THE VOICE OF HEAVEN AND EARTH semuanya terdiri dari golongan bijak pandai yg kini berjaya di dalam career masing2 di arena pekerjaan. Tetapi dahulu mereka ini menuntut ilmu memenuhi dada di menara gading antarabangsa di negara sendiri buat bekalan menghadapi cabaran dunia yg semakin menekan kehidupan remaja. Ilmu islam, sains politik, perakaunan, ekonomi lanjutan dan pengurusan perniagaan adalah bidang yg sangat popular masa itu. Namun begitu, ilmu seni suara juga tidak dilupakan. Latihan keras seperti makan telur ayam kampung mentah di pagi hari, memetik gitar untuk diserasikan bersama suara, memberi makan ikan INSANEQUARIUM, memecah rekod Zuma, mengurus pasukan dalam CM adalah latihan asas disamping bersukan futsal di petang hari bagi kumpulan ini.

Latihan gabungan suara dan latihan mengayat gadis pengurusan kumpulan nyanyian akhirnya berbalas pabila terdapat pertandingan nyanyian SUARA RAMAI di menara gading tempat sekalian jejaka menuntut ilmu. Dengan persediaan yg rapi, mereka mengisi borang lengkap untuk pertandingan terbabit dalam tulisan rumi walaupon menara gading tersebut adalah menara gading islamic yg sepatutnya menggunakan tulisan jawi. Malam rehersal berlangsung dengan kami mempersembahkan lagu dalam key C-majora yg sangat sinonim dengan tone suara kami. Kami berjaya ke peringkat seterusnya. Saingan rapat kami adalah kumpulan nyanyian nasyid yg sangat kontemporari lagunya.

Di hari pertandingan akhir, kami berpakaian serba hitam kecuali Bob Firdaus. Seperti selalunya, beliau mengenakan pakaian gelap batik yg dijahit sendiri oleh ibu kesayangannya kerna dia sendiri agak obes dan payah untuk mencari baju yg ngam untuk sosok tubuhnya. Pakaian ini juga merupakan pakaian rasmi yg dikenakan semasa mengadakan latihan memberi makan ikan INSANEQUARIUM sambil berteleku di depan PC. MC pada masa itu bertanyakan mereka tentang nama kumpulan yg akan dihebahkan sebentar lagi. Dengan bongkak Mat Rocco berkata, "Kami digelar THE VATICAN BOYS". Dengan mudah MC me'reject' nama samaran yg diberi. Lantas Bob menggenengahkan bakat pengurusannya. "Sebut je nama kami THE VOICE OF HEAVEN AND EARTH". Muka MC bercahaya girang.

Sebelum naik ke pentas, sempat juga kami mengaplikasi latihan mengorat gadis belakang pentas dalam perjalanan menuju pentas persembahan. Mereka memulakan persembahan dengan intro lagu hindustan. Peminat di barisan hadapan dah histeria. Juri dah bebuih mulut tanda kemenangan kami. Masuk pada lagu pertama dengan lagu irama Gospel. Beberapa baris pondan nampaknya telah inzal dengan kelunakan suara Ijan. Si penulis juga dapat tahu, beberapa orang pondan telah meng'offer' Ijan untuk mereka tiduri. Sehingga kini Ijan masih tidak mengaku walau Si Penulis dapat info dari sumber yg bulih dipercayai. Lagu seterusnya bertema kehidupan sejagat. Semua lagu, termasuk intro, telah berjaya menarik perhatian hakim pada rupa paras setiap penyanyi. Vokal terbaik hanyalah milik Mat Rocco.

Semasa mereka diumumkan sebagai pemenang, serta merta kedengaran suara dari kompetiter yg lain,"Ye la...mmg kita ni rebut no2 dgn 3 je". Turunnya mereka dari pentas pelbagai kaedah ucapan tahniah diucapkan. Jawapan mereka adalah seperti berikut:

Bob: Terima kasih. Kami mmg dah jangka menang ni sebab kami berketrampilan. Tak macam yg lain. Apa jadah Pertandingan Nyanyian Berkumpulan tapi main band kat atas pentas...?

Mat Rocco: Ya...ya...saya tahu saya kacak...itulah punca utama kemenangan kami.

Mok: Saya biasa makan nasi lemak kerak ayam di Bangsar...jumpa saya di sana jika ingin dapatkan tandatangan dan nombor talipon.

Pak Tam: Hehehehee...takda la...kami biasa2 je (tanpa keyakinan diri...jawapan ni paling low standard dikalangan ahli kumpulan).

Lutfi: Ayang...jangan macam ni...saya terpaksa layan peminat ni...saya tau suara saya sedap dan rupa saya kacak...tapi, awakla sorg saja di dalam hati saya...(SMS buat kekasih)...ah, ni sapa nama tadi...? Alin, Sarah, Qistina, Marlia...ye ye...saya single lagi...

Fatah: Nama saya Fatah. Rakan saya panggil Fatah Robot sebab saya bulih berlakon menjadi robot (sambil membuat aksi Peter Crouch lepas skor gol...gadis2 sunti berkerumun di sekeliling Fatah sambil bersorak girang).

Ijan: Jumpa kat bilik la. Kat sini ramai orang (jawapan buat sekumpulan pondan). Yg kalah tu sume bulih tumpang popular kami jugak...jgn la malu2...takpa, kami tak amik hati...kami tau kami menang dan kamu kalah (jawapan Ijan aku bagi A...sambil jawab sambil membongkak).

Si Penulis: Gadis urusetia...saya lapar. Ada roti tak...? Saya tak makan dari petang tadi. Iye la, duit PTPTN pon dah abis buat joli. Awak ada duit...? Bulih kita pegi tgk wayang esok. Awak belanja. Kita naik bas je la...save sikit awak bayar nanti. Makan saya belanja. Shukurla...esok saya bawak bekal roti ni dengan air sejuk. Ini aje yg saya mampu.

Berbaju Hitam dari kiri: Fatah Robot, Pak Tam a.k.a Tamio, Si Penulis.
Berbaju Putih dari atas: Rocco, Mok, Lutfi, Ijan.
Berbaju batik belang hitam putih: Bob "The Obes" Firdaus
Imej dihitamkan: Hadi.

p.s ~ diilham dari sini

Thursday, October 1, 2009

Perjalanan Ini Sudah Bermula

Setelah dibelek-belek, ditenang-tenang, diselak-selak, dan dirungkai-rungkai...rupa-rupanya perjalanan hidup aku untuk menempuh alam perkahwinan, sudah bermula. Aku mula pening, tekanan, di ambang wati, digiris dunia kejam...dan kurang selera untuk melantak dengan byk. Aku rasa betul jugak kata2 adik pompuan aku, Nora. Aku mungkin kehilangan selera sebab stress dgn proses pra-perkahwinan.

Untuk Si Dia: Kasut-sudah, Baju-sudah, Telekung-sudah, Henbeg-sudah, Jam-sudah, Perfume-sudah, Baju satu lagi-sudah, Baju kawin-kain sudah beli tapi belum pi hantar jahit, Gelang-sudah, Maskawin & hantaran - sudah cuma belum hantar je lagi.

Untuk Si Aku: Kasut-belum (aku kena beli sendiri, takut nanti kalu dia beli aku tak suka), Baju-belum (tapi aku ada dah usha2, ni pon aku beli sendiri), Jam-sudah, Perfume-sudah, Baju kawin-sudah tempah, Aksesori lelaki-sudah, rawatan dan urutan praperkahwinan-belum lagi dan tak tau nak pegi ke tak (sakit woooo kena urut), PS3, Wii, PSP dan pelbagai konsol lain-Si Dia tak mau kasi...nanti aku dok main game...kurang masa untuk Si Dia. Tapi aku tetap mendambakan konsol permainan suatu hari nanti.

Buat kami: Kursus kawin-sudah, Sijil kursus-sudah, HIV test-sudah, Talesemia (ntah betul tak ejaan)-tak buat lagi tapi akan dilakukan jika jabatan agama menghendaki kami melakukannya, kad kawin-sudah draft tapi belum dapat reply dari pencetak (sabar ye rakan2), daftar nikah-masih belum, kenduri-kendara harapnya dah plan la (aku serah bulat2 kat abah aku), rumah untuk kami berlindung dari panas dan hujan-belum cari lagi (harap2 ada rakan2 yg sudi membantu *wink-wink Byot*).

Maka, jika dilihat dari segi luaran, segala penangguhan adalah dari pihak AKU. Bukan pihak mak aku, bukan pihak abah aku, dan bukan dari pihak Si Dia. Hahahahahaaa...maka, Si Aku dengan rendah diri ingin menjemput segala isi bumi, makhluk Allah, rakan-taulan, bekas-bekas kekasih, dan seluruh umat islam yg mengenali diri ini untuk hadirkan diri di hari pernikahan kami pada 5 Dec 2009, Sabtu di Seksyen 3 Bangi (address aku tak hengat). Belah aku plak pada 12 Dec 2009, Sabtu di Kampung Kundur Hilir, Rembau Negeri Sembilan. Tapi, jgn datang ramai2 kat rumah aku. Nanti aku letih dan tak perform.

p.s ~ sila bawa bersama hadiah dan duit kaut...kalu boleh sila beri hadiah yg rat-rat, rib-rib, pul rib-pul rib, rat rib-rat rib dan yg lebih tinggi nilai residual nya...