Friday, September 18, 2009

Ramadhan Dah Abis...Tahun Depan Plak Terawih

Dulu masa kat kampung, aku mmg malas nak pi semayang terawih. Ada 2 sebab je aku pegi terawih kat kampung. 1st - Kalau En Halim Kolam a.k.a abah den mengamok suruh pegi dan 2nd - Kalau pegi rumah atok. Tak dapat lari, mesti pegi sebab atok aku imam kampung. Skang abah aku ni plak dilantik jadi imam simpanan kat kampung aku. Imam simpanan ni kira macam substitute dalam team bola la. Kalu yg lain takde baru la dia kena jadi, or tetiba Imam 1 tolak dia suruh jadi imam.

Abah aku ni plak, walaupon imam substitute, aku tgk dah macam super-sub. Ala...macam Karel Poborski, Ole Gunar Solskjaer, Ruud Gullit masa dia jadi player/manager dan player2 legend yg sewaktu dengannya. Mana taknya, abah aku mengajar mengaji kpd orang tua kat kampung (kasi betul tajwid...ajar baca juzuk amma je), selalu kena jadi imam terawih, apa2 majlis pasti kena jemput cuma kekadang kena jadi ketua baca Yaasin dan Tahlil, kekadang jadi tukang allocate and arrange sapa nak buat keja, dan macam2 lagi. Rajin betul orang tua nih. Kalau takda dia, Imam 1 dah runsing padahal ada je Imam 2 dgn tok siak ke, bilal ke dan AJK masjid yg lain. Tapi abah aku jugak yg dia cari. Dah satu hal takleh nak jalan2 lama sgt.

Tapi takda hal la. Aku bleh jalan sendiri. Ma'am besar umah aku pon ada kete sendiri, bulih drive sendiri and bulih naik bas kalau malas nak drive. Aku pon malas gak nak drive sbenarnya. Pasal tu aku selalu balik kampung naik bas. Rasa macam orang kaya...ada driver. Aku baek punya nganga kat belakang. Adik2 aku pon bulih drive mak aku pegi mana2. Kira mak aku skang dah jadi macam Nyonya Besar. Mana nak pegi, ada je anak2 kena jadi driver. Ala, kira apa....? Dulu dia lagi la bawak kami 9 beradik dalam perut lagi. Nasib aku lelaki...tak bleh mengandung. Kalu tak mau cirit aku bawak budak.

Kami 9 beradik ni plak skang dah OK la. Takde la setan sangat. Tak macam dulu. Tak abis2 nak gaduh, memekak, berebut remote control, mandi lambat, makan banyak dan macam2 lagi perangai setan kami. Tapi biasa la kan....budak2. Kalu dah besar pon jadi camtu lagi aku rasa mau mak aku sembelih sekor2 buat rendang raya. Bulih jugak ajak Sumanto datang raya (PERHATIAN: Sumanto adalah rakyat Indonesia, juga seorang kanibal - http://id.wikipedia.org/wiki/Sumanto ). Adik2 aku pon skang dah OK. Sume dah jadi orang. Sume dapat blaja tinggi2, blaja universiti, dapat ijazah, ada yg masuk asrama, keje elok2. Ye la...mana kita tau tuah manusia kan...? Lain la nama dia Hang Tuah. Tau la tuah dia kat mana (kat huruf TA). Abang aku dah kawin pon. Anak dia pon dah tumbuh gigi. Jangan dia gatal gusi gigit aku sudah.

Rutin raya kami plak sama je tiap2 tahun. 1 hari sebelum, kumpul kat umah atok, gotong-royong buat lemang, rendang, sup tulang, sup gear-box, dan mengemas rumah atok. Masa berbuka, kami akan berkumpul kat dapur dan berbuka ramai2. Sapa tak posa kena dok kat ruang tamu. Aku ingat pasal ni la dulu aku puasa penuh. Orang nikmat makan kat dapur, aku baek punya tgk Doraemon. Nak mintak sket pon takleh. Lepas berbuka, semayang maghrib ramai2. Lepas tu belasah makan sup pulak. Then, semayang isya' and buat tahlil dan takbir. Malam dah larut sket, kami pon balik umah, ready ntuk orang datang takbir plak. Lepas abis orang balik, baru kami bulih tidoq.

Keesokan harinya, kena bangun awal. Yg laki2 sume pegi ikut abah, semayang kat masjid kat umah atok. Pompuan datang kemudian. Lepas semayang, takbir, then, pi kubur. Abis tu pegi umah Mak Lang. Pastu ronda2 kampung, buat collection. Aku tgk budak2 kecik dah macam Ah Long. Pegi serang umah orang, collect duit, beli bahan bakar seperti Thunder-Clap dan serang umah orang. Biasanya rumah orang yg bagi duit paling sikit. Petangnya plak, kami siap2 ntuk balik Ipoh. Raya umah Opah plak.

2nd day ada open house kat umah Opah. Kami sediakan makanan dan buat macam stall kat Food Court. Malamnya plak, kami raya umah sedara yg dekat2. 3rd day kami raya sekitar Ipoh, Gopeng, dan kawasan2 yg sewaktu dengannya. Lepas tu, sket2 pakcik-makcik aku balik KL untuk sambung rutin harian bekerja. Skang aku plak yg kena sambung rutin harian iaitu bekerja dgn datin.

Hujung tahun ni aku kawin. Mungkin rutin raya aku dah tak macam nih. Cuma aku harap takkan banyak berubah daripada nih. Aku bajet macam nih jugak cuma penambahan, sebelum balik Ipoh mau kena raya kat Bangi. Lepak sepam dua...layan Lawak Raya Bersama Zizan, baru balik Ipoh. Harap2 bakal bini aku setuju. Kalau tak setuju aku pujuk kasi setuju. Kalau tak setuju jgk aku amik kelas tusyen dengan Vladimir Putin subjek Kuku Besi dan Diktatorship Level 18.

p.s - selamat hari raya...maaf zahir batin...

No comments:

Post a Comment