Sunday, August 8, 2010

Kembalinya Seorang Makhluk

Lama jugak aku tak memblog lagi nih. Last post bulan May. Ni dah Ogos. Byk benda kena catch up...tapi nak buat camna. Aku dah semakin bz. Harap-harap aku bulih selalu ada mood untuk tulih blog. Kena outstation lagi. Nak kena catch up dgn sang bini kat umah lagi. Family kat kampung lagi. Opah aku dah terasa hati pasal aku tak call n pi melawat dia. Maafkan cucu mu ini Opah...


Dalam +/- 3 bulan nih maca-macam kejadian suka-duka yg aku lalui. Paksu sang bini meninggal secara mengejut (serangan jantung). Pastu cerita suka-suki dengan adik ipar bertunang, sepupu sang bin bertunang, sepupu mama aku berkahwin, best fren aku dah kawin. Pastu masuk cerita duka-duki pulak bilamana sang bini mengalami keguguran sebelum World Cup start. Atok sakit lagi. Dan macam-macam lagi.


Ni tetiba timbul satu hal lagi bila adik aku rebel. Menegur pakcik-pakcik yg tak jaga atuk menggunakan ayat-ayat yg berhaluan kiri. Apa lagi...pakcik-pakcik, makcik-makcik, sepupu-sepapat yg terasa tu terus la melenting. Ada jugak yg tak terasa tapi marah sebab takmo memecah-belahkan hubungan sesama keluarga. Aku mmg salahkan adik aku dgn ayat-ayat yg macam lahanat tuh. Tapi dia pon ada point yg bagus. Pakcik-pakcik dan makcik-makcik jgn la lepaskan tanggungjawab jaga atok kat bos aku je. Mampos la dia nak jaga sorg-sorg.


Ni pulak dah nak puasa...hari ni aku dapat sofa baru. Mampos kopak duit aku. Dgn henpon baru, sofa baru, drawer lagi. Nasib la ada outstation allowance dari bank yg agak pantas jugak dapatnya. Kalu macam dgn datin dulu...mau mati kering aku nunggu claim.


Game Charock juga dah start di"organize" semula. Termasuk beberapa game lagi lepas raya. "Kalu nak masa puasa pon boleh...", kata Zap kat aku masa main badminton ari tuh. Terus aku rasa macam Liga Super...main malam. Dengan perut yg semakin membusung dan berat badan yg semakin meningkat maju....maka sukan tara seperti ini mmg suai dgn fizikal dan mental aku.


p.s ~ kami akan buat rumah terbuka + house warming raya nanti. Save budget...sekalikan event.