Monday, November 22, 2010

Kejadian Yang Tidak Dapat Aku Lupakan

Pada hari Jumaat yang lalu (19/10/2010), setelah pulang dari kerja...aku menderu laju dengan superbike Honda EX5 Class aku yang berkuasa rendah menuju opis sang bini. Laju jugak superbike aku nih kalu nak dibandingkan dengan moto ane kacang putih...dalam 90 km/j jugak la top speed dia. Bukanlah aku mencuba untuk berlumba dgn ane tadi, sebaliknya aku mengejar appointment dengan personal trainer di Fitness First.

Sesampainya aku kat opis sang bini...aku lepak makan protein bar sang bini bagi. Bulih tahan jugak rasa dia. Perisa epal merah. Aku nak makan banyak tapi takut terlebih makan. Nanti lambat pulak nak jadi taf...jadi, aku makan 2 bar je + air oren belian sang bini jugak. Lepas makan aku naik pi training. Aku masih ingat akan latihan aku yang bermula pada jam 7 p.m itu. Latihan itu menggunakan medicine ball...macam nak mati rasanya selepas sejam training.

Abis training aku bersiap dan bergerak ke Pasar Chow Kit bersama sang bini...pi beli buah untuk jamuan kat umah sang abah. Aku beli 2 biji tembikai merah dan 3 biji tembikai susu...semua skali RM 48...gerak balik Kundur...tiba jam 11.40 p.m...sampai je kat umah maam besar ajak makan. Aku cakap, "Takpa la ma, dah makan tadi"...tapi lepas tgk ada sambal petai terus aku senduk nasi. Lepas kenyang terus tido...Iya la...esoknya nak buat korban...bakal membakar lemak dengan membantu melapah daging. Malam ni tambah tenaga dlu..

Sabtu, 20/10/2010...aku bangun awal. Nawaitu-rofal-hadathi-akbari dulu sebelum solat subuh lantas menolong maam cuci lantai garaj...pastu pi amik barang kat masjid dan memulakan sembelihan korban jam 10 a.m...3 ekor tumbang. Lapah punya lapah...dekat jam 1 p.m baru siap sume...aku pon siap-siap mandi...layan tido jap sampai kol 3...amik daging korban seberat 1.3kg dan bertolak ke Temerloh untuk menghadiri upacara akad nikah saudara Zhafira (seakan-akan nama sebenar).

Setibanya jam 7.10 p.m di Hotel Green View, Temerloh...aku pi amik kunci bilik kat Rocco el-Qurbani (nama penuh dalam FB). Dengan sepam dua zailan-zailani...aku grab sang bini, terus pi bilik. Di kereta...aku berjumpa dgn bapak pengantin lelaki. Selesai solat jamak ta'khir...aku sekali lagi grab sang bini untuk bersiap mengikut rombongan pengantin lelaki. Kami naik kereta bersama Ar-Rayz Haakkeem (nama berejaan salah) menuju rumah pengantin pompuan. Kami singgah di Pasaraya Cowboy membeli bateri...lantas dapat call dari En Zigjosh (saya kurang arif tentang nama sebenar makhluk ini) dan memaksa untuk photocopy I/C...jadi saksi kawin.

Bila dah photocopy I/C...kami tuju rumah pengantin pompuan. Aku malas panjang cerita sebab dia akad sekali lafaz je. Imam dia tua dan tiada sense of humor...terus aku kuar pi pekena nasi lauk daging kicap dan patin masak tempoyak. Agak layan juga patin tuh sampai aku memaksa pengantin pompuan untuk menambah barang sepinggan dua untuk aku. Selepas selesai memphoto walau sepam-dua...kami pulang ke bilik hotel jam 10.15 p.m.
Sampai kat hotel aku naik bilik dulu...proses penyahtinjaan harus dilakukan. Selesai proses, aku gerak pi bilik pengantin lelaki dengan harapan meraikan malam terakhir bersama-sama pengantin dan rakan-rakan lelaki yang lain. Jam 11 p.m aku tiba di bilik pengantin lelaki bersama bekalan daging korban yang telah dimarinate bersama sos black pepper cap life. Nak simpan kat peti ais kat bilik pengantin. Bilik aku takda peti ais.

Aku menunggu aktiviti malam terakhir bersama rakan-rakan dan pengantin. Sambil menunggu pembentangan aktiviti, aku mengeluarkan RM 100 untuk membayar wang bilik yang didahulukan oleh Zhafira...ada belen RM 12 tapi dia takda duit kecik lantas Zigjosh kuar pi 7E untuk pi beli makanan sambil pecah duit. Sementara menunggu...aku mengconsume zailan-zailani yang agak tinggi juga kuantitinya...selang beberapa minit Zigjosh pulang bersama wafer Music berperisa vanila, 5 botol air mineral berjenama 7E, biskut cokelat Cream-O dan satu lagi wafer berperisa cokelat yang aku tak tau jenama apa...

Aku mulakan dengan Musik berperisa vanila...capai biskut...pastu...aaa....pastu...aaa...pastu...aku makan ape ntah...pastu aku minum air mineral...pastu aku aaa...aaa...makan biskut..kot...agak aku dalam 2 ketul...pastu aaa...apa ntah...aku lupa...pastu...aaa...aku ngantuk...aaa...aku balik bilik. Pastu aaa...sang bini suruh aku mandi pasal bau rokok kuat gila...pastu aku pi mandi...aaa kan...? pastu aku tido...

Haa...tu la kejadian yang aku tak dapat lupakan...Tahniah Zhaf and Nana. Semoga korang hidup bahagia hingga ke akhir hayat. Aku dan sang bini sentiasa akan berdoa akan kebahagiaan kalian di dunia dan seterusnya di akhirat. Harap persahabatan kita akan berkekalan dan diberkati Allah kerna sebaik-baik insan adalah yang bertemu dan berpisah kerna Allah...dan aaa...aku dah lupa hadith nih...tapi lebih kurang gitu la...

p.s~aku menulis blog ni sebab bosan gila outstation...aku rindu akan sang bini...