Thursday, October 1, 2009

Perjalanan Ini Sudah Bermula

Setelah dibelek-belek, ditenang-tenang, diselak-selak, dan dirungkai-rungkai...rupa-rupanya perjalanan hidup aku untuk menempuh alam perkahwinan, sudah bermula. Aku mula pening, tekanan, di ambang wati, digiris dunia kejam...dan kurang selera untuk melantak dengan byk. Aku rasa betul jugak kata2 adik pompuan aku, Nora. Aku mungkin kehilangan selera sebab stress dgn proses pra-perkahwinan.

Untuk Si Dia: Kasut-sudah, Baju-sudah, Telekung-sudah, Henbeg-sudah, Jam-sudah, Perfume-sudah, Baju satu lagi-sudah, Baju kawin-kain sudah beli tapi belum pi hantar jahit, Gelang-sudah, Maskawin & hantaran - sudah cuma belum hantar je lagi.

Untuk Si Aku: Kasut-belum (aku kena beli sendiri, takut nanti kalu dia beli aku tak suka), Baju-belum (tapi aku ada dah usha2, ni pon aku beli sendiri), Jam-sudah, Perfume-sudah, Baju kawin-sudah tempah, Aksesori lelaki-sudah, rawatan dan urutan praperkahwinan-belum lagi dan tak tau nak pegi ke tak (sakit woooo kena urut), PS3, Wii, PSP dan pelbagai konsol lain-Si Dia tak mau kasi...nanti aku dok main game...kurang masa untuk Si Dia. Tapi aku tetap mendambakan konsol permainan suatu hari nanti.

Buat kami: Kursus kawin-sudah, Sijil kursus-sudah, HIV test-sudah, Talesemia (ntah betul tak ejaan)-tak buat lagi tapi akan dilakukan jika jabatan agama menghendaki kami melakukannya, kad kawin-sudah draft tapi belum dapat reply dari pencetak (sabar ye rakan2), daftar nikah-masih belum, kenduri-kendara harapnya dah plan la (aku serah bulat2 kat abah aku), rumah untuk kami berlindung dari panas dan hujan-belum cari lagi (harap2 ada rakan2 yg sudi membantu *wink-wink Byot*).

Maka, jika dilihat dari segi luaran, segala penangguhan adalah dari pihak AKU. Bukan pihak mak aku, bukan pihak abah aku, dan bukan dari pihak Si Dia. Hahahahahaaa...maka, Si Aku dengan rendah diri ingin menjemput segala isi bumi, makhluk Allah, rakan-taulan, bekas-bekas kekasih, dan seluruh umat islam yg mengenali diri ini untuk hadirkan diri di hari pernikahan kami pada 5 Dec 2009, Sabtu di Seksyen 3 Bangi (address aku tak hengat). Belah aku plak pada 12 Dec 2009, Sabtu di Kampung Kundur Hilir, Rembau Negeri Sembilan. Tapi, jgn datang ramai2 kat rumah aku. Nanti aku letih dan tak perform.

p.s ~ sila bawa bersama hadiah dan duit kaut...kalu boleh sila beri hadiah yg rat-rat, rib-rib, pul rib-pul rib, rat rib-rat rib dan yg lebih tinggi nilai residual nya...

Friday, September 18, 2009

Ramadhan Dah Abis...Tahun Depan Plak Terawih

Dulu masa kat kampung, aku mmg malas nak pi semayang terawih. Ada 2 sebab je aku pegi terawih kat kampung. 1st - Kalau En Halim Kolam a.k.a abah den mengamok suruh pegi dan 2nd - Kalau pegi rumah atok. Tak dapat lari, mesti pegi sebab atok aku imam kampung. Skang abah aku ni plak dilantik jadi imam simpanan kat kampung aku. Imam simpanan ni kira macam substitute dalam team bola la. Kalu yg lain takde baru la dia kena jadi, or tetiba Imam 1 tolak dia suruh jadi imam.

Abah aku ni plak, walaupon imam substitute, aku tgk dah macam super-sub. Ala...macam Karel Poborski, Ole Gunar Solskjaer, Ruud Gullit masa dia jadi player/manager dan player2 legend yg sewaktu dengannya. Mana taknya, abah aku mengajar mengaji kpd orang tua kat kampung (kasi betul tajwid...ajar baca juzuk amma je), selalu kena jadi imam terawih, apa2 majlis pasti kena jemput cuma kekadang kena jadi ketua baca Yaasin dan Tahlil, kekadang jadi tukang allocate and arrange sapa nak buat keja, dan macam2 lagi. Rajin betul orang tua nih. Kalau takda dia, Imam 1 dah runsing padahal ada je Imam 2 dgn tok siak ke, bilal ke dan AJK masjid yg lain. Tapi abah aku jugak yg dia cari. Dah satu hal takleh nak jalan2 lama sgt.

Tapi takda hal la. Aku bleh jalan sendiri. Ma'am besar umah aku pon ada kete sendiri, bulih drive sendiri and bulih naik bas kalau malas nak drive. Aku pon malas gak nak drive sbenarnya. Pasal tu aku selalu balik kampung naik bas. Rasa macam orang kaya...ada driver. Aku baek punya nganga kat belakang. Adik2 aku pon bulih drive mak aku pegi mana2. Kira mak aku skang dah jadi macam Nyonya Besar. Mana nak pegi, ada je anak2 kena jadi driver. Ala, kira apa....? Dulu dia lagi la bawak kami 9 beradik dalam perut lagi. Nasib aku lelaki...tak bleh mengandung. Kalu tak mau cirit aku bawak budak.

Kami 9 beradik ni plak skang dah OK la. Takde la setan sangat. Tak macam dulu. Tak abis2 nak gaduh, memekak, berebut remote control, mandi lambat, makan banyak dan macam2 lagi perangai setan kami. Tapi biasa la kan....budak2. Kalu dah besar pon jadi camtu lagi aku rasa mau mak aku sembelih sekor2 buat rendang raya. Bulih jugak ajak Sumanto datang raya (PERHATIAN: Sumanto adalah rakyat Indonesia, juga seorang kanibal - http://id.wikipedia.org/wiki/Sumanto ). Adik2 aku pon skang dah OK. Sume dah jadi orang. Sume dapat blaja tinggi2, blaja universiti, dapat ijazah, ada yg masuk asrama, keje elok2. Ye la...mana kita tau tuah manusia kan...? Lain la nama dia Hang Tuah. Tau la tuah dia kat mana (kat huruf TA). Abang aku dah kawin pon. Anak dia pon dah tumbuh gigi. Jangan dia gatal gusi gigit aku sudah.

Rutin raya kami plak sama je tiap2 tahun. 1 hari sebelum, kumpul kat umah atok, gotong-royong buat lemang, rendang, sup tulang, sup gear-box, dan mengemas rumah atok. Masa berbuka, kami akan berkumpul kat dapur dan berbuka ramai2. Sapa tak posa kena dok kat ruang tamu. Aku ingat pasal ni la dulu aku puasa penuh. Orang nikmat makan kat dapur, aku baek punya tgk Doraemon. Nak mintak sket pon takleh. Lepas berbuka, semayang maghrib ramai2. Lepas tu belasah makan sup pulak. Then, semayang isya' and buat tahlil dan takbir. Malam dah larut sket, kami pon balik umah, ready ntuk orang datang takbir plak. Lepas abis orang balik, baru kami bulih tidoq.

Keesokan harinya, kena bangun awal. Yg laki2 sume pegi ikut abah, semayang kat masjid kat umah atok. Pompuan datang kemudian. Lepas semayang, takbir, then, pi kubur. Abis tu pegi umah Mak Lang. Pastu ronda2 kampung, buat collection. Aku tgk budak2 kecik dah macam Ah Long. Pegi serang umah orang, collect duit, beli bahan bakar seperti Thunder-Clap dan serang umah orang. Biasanya rumah orang yg bagi duit paling sikit. Petangnya plak, kami siap2 ntuk balik Ipoh. Raya umah Opah plak.

2nd day ada open house kat umah Opah. Kami sediakan makanan dan buat macam stall kat Food Court. Malamnya plak, kami raya umah sedara yg dekat2. 3rd day kami raya sekitar Ipoh, Gopeng, dan kawasan2 yg sewaktu dengannya. Lepas tu, sket2 pakcik-makcik aku balik KL untuk sambung rutin harian bekerja. Skang aku plak yg kena sambung rutin harian iaitu bekerja dgn datin.

Hujung tahun ni aku kawin. Mungkin rutin raya aku dah tak macam nih. Cuma aku harap takkan banyak berubah daripada nih. Aku bajet macam nih jugak cuma penambahan, sebelum balik Ipoh mau kena raya kat Bangi. Lepak sepam dua...layan Lawak Raya Bersama Zizan, baru balik Ipoh. Harap2 bakal bini aku setuju. Kalau tak setuju aku pujuk kasi setuju. Kalau tak setuju jgk aku amik kelas tusyen dengan Vladimir Putin subjek Kuku Besi dan Diktatorship Level 18.

p.s - selamat hari raya...maaf zahir batin...

Thursday, September 10, 2009

Berbuka Bersama Sang Juara

Ahad lepas ada beberapa orang ikhwan yg ajak ana iftar. Katanya ada jemaah besar kat tempat tuh tapi ana tak biasa berbuka kat sana. Disebabkan nilai islamic yg tinggi dan undangan dari ikhwan yg sudah lama tak ketemu...ana sahut jemputan. Tapi ada sedikit masaelah la..ya sheikh. Binatang tunggangan ana ada patah kat bahagian ekor. Breket lampu brek patah. Terpaksa ana tukar body-kit baru tapi belum pasang lagi la, ya sheikh. Jadi ana susun janji sama as-sheikh Saif-al-Nazrey untuk menjemput ana dari madrasah.

Tiba masa yg dijanjikan...As-sheikh Saif-al-Nazrey menjemput ana. Kasihan juga ana tgk dia tertunggu di luar madrasah. Tapi cuma sebentar sahaja. Ana tanya, "Mana isteri anta....? Dia kasi line ka berbuka bersama ikhwan sekalian...?". "Line clear", jawab Sheikh Nazrey ringkas. Dengan pakaian madrasah, kami bergegas ke tempat yg dijanjikan. Ana cuma sempat tukar secapal instead of kasut yg ana biasa pakai ke madrasah.

Semasa selisih kami di depan Istana budaya, terpandang akan kami pada dua makhluk Allah yg manis sekali. Seorang berkebaya koko dan yg seorang lagi berkurung putih-peach. Subhanallah, manis bertudung lagi. Ingin kami berkenalan lebih lanjut dengan makhluk yg keduanya. Jika tidak dapat nombor talipon, e-mail FB juga berguna, insyaallah. Lantas Sheikh Nazrey memberhentikan binatang tunggangan kami. Maka, terpandanglah kami akan seorang lagi manusia sedang terbujur di depan gadis berkebaya koko. Masyaallah...apa sudah jadi?

Dengan berani, ana mendekati gadis keduanya. Diikut rapat rapat dari belakang oleh Sheikh Nazrey namun tidak berjaya memintas. Lantas, hikayat berikutnya ana ceritakan dalam bentuk dialog:

Ana: Assalammualaikum si manis koko...(ana buka bicara dengan sopan)...apa sudah jadi...?
Gadis 1: Tak tau la bang...kami jalan belakang pakcik ni. Dari seberang sana ikut jejantas. Bila turun je...dia jalan depan sikit terus rebah. Kami takde pulak bentes kaki pakcik ni. Sumpah bang...kami tak bentes.
Saiful Nazrey (SN): Iye ke...? Macam korang bentes je...(sedang cuba bergurau walau sebenarnya dia dah stimulus pasal gadis ni panggil kami abang)..
Ana: Takpa la...mari la dekat sini...(kedudukan ana agak jauh dari pakcik yg sedang tertiarap). Jgn dekat dengan dia. Mana tau dia H1N1...kang tak pasal2 adik manis berdua dijangkiti virus maut tersebut.

Dengan pantas gadis keduanya merapati kami. SN semakin galak merenung gadis koko. Dia dah bawak keluar handphone...mana tau kot gadis ingin menukar nombor. Lantas dinasihat juga pada ana untuk menayang handphone.

Ana: Dah call ambulance...?
Gadis2: Belum bang....credit takda...(alasan je tuh...sebenarnya tangan dia tgh menggigil)...
Ana: Takpa...biar abang aje yg call ye...jgn takut sayang...eh silap...adik...

Lantas ana dail 999...ah, gadis juga yg menjawab. Dari bunyi lunak suaranya, mungkin juga dalam lingkungan usia sunti.

999: Iya encik...boleh saya tolong....
Ana: (Dengan nada tenang dan dipenuhi iman) Nama saya Hamdi. Saya sekarang berada depan HKL. Ada seorang pakcik colapse kat tepi kaki lima nih.
999: HKL- Hospital Kuala Lumpur? Takpa nanti saya sambungkan pada talian ambulance di sana. Sabar ye encik.
HKL: Hello...siapa di sana...?
Ana: (Ah...lelaki pulak...ana jawab kurang sopan sikit lah) Saya Hamdi. Ada dekat seberang Istana Budaya, bawah jejantas, tepi padang HKL. Kat sini ada sorang pakcik pengsan sambil mukanya di atas tanah. Dia tetiba rebah lepas melintas jejantas.
HKL: Berapa usia pakcik tuh? Awak kenal dia ke? Tak cuba tgk IC dia?
Ana: (Dengan penuh hikmah) Tak tau la berapa umor dia tapi dalam 40-an jugak. Saya tak kenal dia malah saya tak tgk pon dia jatuh. Saya berenti sebab nak ngorat awek 2 org nih tapi tertolong plak pakcik nih...saya tak berani dekat takut dia colapse sebab H1N1. Saya takda pelindung muka nih.
HKL: Eh...betul jugak kata encik nih. Takpa...kami akan hantar ambulance secepat mungkin. Encik tunggu di sana tapi tolong jgn kasi orang lain rapat ye...takut virus.

Selesai sahaja ana letak talipon, ana pandang kedua wajah gadis manis. Riak wajah mereka seperti sedang melihat Rosyam Nor menang racing dalam KL Menjerit. Ana cuit SN, meminta dia pinta nombor talipon si gadis. Tapi, kami sama2 insan pemalu. Lantas kami diamkan saja. Datang beberapa pakcik ingin melihat.

Pakcik1: Korg ke yg jumpa mangsa nih...?
Ana: Tak...dia orang gadis tu (sambil menggunakan ibu jari untuk menuding pada gadis kebaya koko dan gadis kurung peach). Kami tolong talipon ambulance je.
Pakcik1: Korg tak tolong ke...? Orang melayu kita tuh. Mana tau mati tak sempat mengucap ke? Tak kesian ke? (Dia dah mula buat muka samseng kampung nak tunjuk lawa pada Abang Ramlee).
Pakcik2: Orang melayu kita tuh. Takkan taknak tolong? (aihh...ada yg menambah...?).
Pakcik1: Tolong la angkat ke...ajar mengucap ke...apa ke...ini tgk je.
Ana: Saya dah tolong call ambulance tadi. (Bila pakcik 1 dan 2 buat muka pinta penampar, ana jawab macam nih) Saya bukan taknak tolong. Cuba pakcik pikir, kalau dia tu mati sebab H1N1, tak ke kita sekarang berisiko untuk kena jangkit...? Kita ni dah la duduk bulih tahan dekat. Tak pakai pelindung muka pulak tuh. Kalau pakcik Sarip Dol sangat, pakcik tolong la. Amacam...? Ada Bran...? Ke tengah kecut telur...?

Lantas pakcik1 dan 2 start moto terus blah. Kami pula terus menuju arah Redbox, Sogo untuk iftar ramadhan ini. Di Penjara Janji adalah nyanyian terbaik ana yg melonjakkan nama ana menjadi man-of-the-match malam iftar tersebut.

p.s -sesungguhnya makanan tanpa ajinomoto, sambal belacan, kicap tamin, budu, Maggie Cukup Rasa adalah sangat merugikan...begitu juga cerita ana ini...di sini juga ana ingin meminta maaf pada tunang ana...ana main2 aje ngorat...bukan betul2...sumpah...saya tak tipu awak...

Wednesday, September 2, 2009

Drama Latin = Cerita Lucah yg Pakai Baju

Sebagai seorang Islam dan seorang sahabat yg sangat sayang pada saudaranya, di sini aku ingin menjawab segala kemusykilan yg bermain di benak fikiran ikhwan-el-muslimin yg lain tentang kenyataan aku sekitar zaman menuntut di Universiti Islam suatu masa dulu. Penyataan aku juga sudah dimaktubkan dalam blog Ijan (http://mjalizan.blogsot.com/), CERITA LATIN ADALAH CERITA LUCAH YG PAKAI BAJU.

Asal-usul penyataan: Penyataan ini adalah hasil ilham aku dan Shemi di dalam bilik kami tatkala kami tak tau nak buat apa dah. Shemi pon malas nak main game. Maka, kami pon bukak la Telenovela. Aku tgk dia punya pelakon pon dah terasa macam PM Najib nak kasi stimulus cuma dia punya stimulus tak berapa nak naik. Tapi tak jugak tidur. Pastu Shemi terus keluar ayat; KALU AKU DAPAT LA DIA NI, MASUK NERAKA PON TAKPA LEPAIH TU. Aku angguk tanda setuju lantas terkeluar sebaris ayat penyata dari gema kotak suara aku; CERITA LATIN NI AKU TGK DAH MACAM CERITA LUCAH TAPI VERSI PAKAI BAJU.

Penyebab populariti semakin meningkat
: Penyataan ini semakin meningkat popular dikalangan rakan2 terdekat kerna ada rakan2 yg muka macam buruh kasar tapi hati kaca. Ada ke sume orang pi main bola tapi diaorg lepak bilik tgk drama Korea? Alasan; MINGGU LEPAS PUNYA INJURY KENA TACKLE TAK BAIK LAGI. Alasan kalu tak ganas tak bulih ke? Aku kena tolong mak aku angkat kain ke, aku nak tidor pasal nak tenaga untuk buat assignment ke, kucing aku nak makan kumbang terbang ke...ni alasan mau aja dikaitkan dengan aktiviti lasak. Lagi pulak masa tu drama latin ni waktu siarannya masa ptg dlm kol 3 lebih. Masa tu ada dikalangan rakan2 yg takde kelas. Jadi, penyataan ini menjadi semakin popular.

Ultimate boost
: Zaman penyataan ini paling top dan paling A adalah bila La Uspa Dora ditayangkan, menggantikan cerita pejadah ntah. Ke aku tebalik. Maria Mercedes yg ganti La Uspa Dora. Camtu la lebih kurang. Masa tu kengkawan sume guna ayat nih; PTG2 NI APA KEHIDUPAN MAIN BOLA...? TGK CERITA LUCAH KAT TV3 LA. BARING SANTAI SEPAM, KOPI SENTAL SEPAM, KEPOK LEKOR SEPAM....PEERRGHHH. Ayat berikut hanya habis begitu. Mmg jahanam budak2 nih. Ada ke cerita lucah boleh di"compensate" dengan permainan paling popular atau digelar THE GAME OF HEAVEN AND HELL, bola sepak...? Gila apa...?

Rahsia di sebalik penyataan
: Sebenarnya, ayat berikut dirembes dari peti suara aku sebab dah ramai sangat rakan2 yg tewas. Tgk cerita latin sorg2 sambil kunci bilik dari dalam guna selak. What is the jadah this way...? Gambar2 heroin latin tertampal pada page buku tulis yg berharga RM 0.60. Ala...yg macam Mahmud Jun buat dalam cerita Nasib Do Re Mi tuh. Pastu buku tu tersisip dibalik flush dalam jamban. Tandas yg tersisip tu adalah tandas tengah2 dan tandas hujung skali. Tandas hujung sekali tersisip dengan cerita bertulis dari website melayuboleh.com yg ceritanya ala2 drama latin. Aku rasa Ijan juga salah seorang teman yg tertewas.

Pesanan terakhir
: Jadi rakan2, terungkaplah segala rahsia disebalik penyataan keras aku sebelum ini, DRAMA LATIN IALAH CERITA LUCAH VERSI PAKAI BAJU. Janganlah hendaknya lepas ni korg nak pandai2 belajar bermuka ketat berhati kaca. Tgk pulak main kunci2 pintu, tingkap, siap tingkap letak selimut taknak kasi org nampak dalam. Jgn pula korg tampal gambo heroin latin kat buku tulis sambil berpura-pura mengkaji syair Hang Tuah. Pastikan juga buku tulis tiada disisipkan di belakang flush tandas.

p.s - jangan lupa terawih anda Ramadhon ini....jangan pandai2 nak buat terawih masa Rejab nanti...aku rejam je korg nanti...

Thursday, August 27, 2009

Persediaan Raya: Keperluan atau Kemahuan

Dah 3 tahun aku tak shopping baju raya baru, suar jeans baru mahupun sandal Teva. Dah lama aku pasang niat nak sambar yg ada celoreng macam comoflage askar. Tapi hampa...niat suci aku terbatal dek kerna kewangan yg kian tak menentu. Kereta aku demam maka aku secara langsung akan demam bersama poket yg kian susut. Namun, aku bersyukur sebab bos aku tetiba sayang lebih kasi increament baek punya.

3 tahun lepas aku keje kat salah satu anak syarikat Sime Darby. Punya la semprit...gaji kecik, kena tekan dgn supervisor. Setiap keje aku dia tak puas ati. Bila aku tunjuk kat supervisor lain, diaorg cakap biasa je keje aku. Tak la superb tapi average la. Lepas tu aku hantar surat resign betul2 sebelum account close untuk audit. Sempat jugak aku merasa puasa dan raya bersama geng Sime Darby. Tapi masa tu aku ingat aku beli secapal 1 pasang, kuih raya 5 jenis untuk mak aku dan bayo zakat untuk aku dgn adik aku sorg. Nak aku sambar jeans selai tapi yg kat pasar malam pon aku tak mampu. Maka aku beraya dgn baju lama yg tampak kacak juga bila dikenakan oleh seorang yg kacak.

Tahun berikutnya aku tak keja. Tapi aku bulih bayar zakat juga. Sebab aku meniaga karipap giant kat pasar ramadhan Bangsar. Disamping pendapatan kewangan secara sampingan, aku juga berjaya menderma segala pahala puasa aku yg tak seberapa kepada tetamu yg lalu lalang sebab diaorg punya pakai macam pegi tepi pantai. Diaorg tu puasa ke tak? Aku mmg puasa tapi aku ni puasa lapar dahaga je. Pahala aku kasi licin kat tetamu yg hadir. Ida Nerina, Shila Majid, Darling Ngasri dan beberapa artis seksi yg lain termasuk Rozita Che Wan, Mas Idayu dan Rosnah Mat Aris. Tapi aku takda la derma pahala melihat aku kat Rosnah Mat Aris. Aku kasi pahala umpat je.

Tahun lepas...masa tu aku baru lepas ngorat tunang aku and pasang niat nak kawin. Padahal sebelum tu aku bajet aku kawin umor 38 nanti. Jauh gila lari 38 dgn 27. Macam influenza A je jauh larinya. Pastu takleh la nak belanja lebih2. Aku beli secapal cap kancil sepasang, kuih raya 2 jenis, dan 1 t-shirt. Nasib la abg aku ada beli t-shirt Djokja dan sehelai baju batik jawa dari Jogja. Mak aku plak sebelum tu ada beli baju batik jawa dari Bali. Aku melaram dgn baju free je. Zakat takat bayo aku punya dgn adik aku sorg. Yg lain aku pejam mata.

Tahun ni aku kena sambar jeans Lee selai. Apa nak jadi, jadilah. Aku dah tahap daif ketika raya nih. Kereta aku pon aku harap bleh siap masa raya. Bulih aku vroom vroom ke rumah tunang dan beberapa rakan lain yg tgh tggu nak lenjan dgn keta aku. Lagipon kalu takda keta camna aku nak jalan2 Ipoh dgn Zap. Boyot dgn Goro dah punya komitmen keluarga. Maka kalu nak ajak pon masa diaorg dah free daripada gejala kekeluargaan. Apek pon aku rasa mesti turun Ipoh. Jamjam blom lagi berkahwin dgn orang Rapat Setia. Maka belum diterima di Ipoh.

p.s - aku kena kira2 gak duit nak beli barang hantaran, mas kawin dan beberapa perbelanjaan lain lagi.

Tuesday, August 25, 2009

Ketak-Ketak kusangka Perut

Alhamdulillah...dah masuk hari ke-5 puasa tahun nih. Aku harap puasa kali ni lebih baik daripada puasa2 aku yg sudah2. Harap dapat full semayang terawih aku. Dulu selalu gak rongak. Tgk bola la, keluar buka puasa pastu tak semayang la...macam2 lagi dugaan terawih aku dan seperti biasa tahun ni aku bertindak sedikit agresif dengan bernekad ke Masjid Damai. Awek2 versi cantik, kaya dan taat sangat ramai berlegar di sana. Jadi bulih la juga aku mencari seseorang bagi menjadi teman hidup rakan2 aku yg takde teman hidup lagi (betul...sumpah saya tak tipu...awek2 ni untuk orang lain....awak je la yg saya ada). Sesungguhnya, terkadang kita juga sering dengar lagu DI SANA MENANTI DI SINI MENUNGGU.

Puasa ni juga agak mencabar bagi aku sebab sejak 3 tahun lepas sangat tak mencabar. Sume budak umah sewa puasa dgn tenang. Buka bersama menjadi rutin harian. Mmg diaorg ni tahap taat pada tuhan, raja dan negara agak tinggi. Cuma diaorg ni tak berapa nak taat dengan aku je. Pastu dok dengan Arip. Pon sama jugak. Kami berpuasa penuh. Tahun lepas plak aku buka kat Yap Kwan Seng. Ada yg tak puasa tapi jenis makan dalam bilik. Isap rokok kat beranda. Tapi puasa tahun ni satu cabaran abadi.

Hari pertama puasa, aku bangun je terus hidung aku menangkap satu bau yg aku agak alergi lebih bulan puasa nih. Bau asap rokok pada jam 12 tengahari sangat mengguris perasaan diri ini. Bukak je mata TJ kat sebelah tengah baek punya hembus asap. Rokok tu plak aku yg punya. Pagi sahur tu aku kejut dia taknak bangun. Tapi rupa2 nya kalu aku kejut pon dia takkan puasa gak. Maka, aku kena la bersabar. Terus aku balik kampung sebab mak aku cakap dia nak masak gulai lemak ikan semilang.

Hari ke-2 berjalan dengan lancar. Tapi masuk hari ke-3 hati jadi macam ada sisa bara kena tiup angin petang. Aku call Yan bertanyakan kalu dia puasa. Kalu dia puasa bulih jugak aku nak berbuka kat umah Mulya. Sebab jangan haraplah TJ dengan Abang Umar nak puasa. Yan kata dia puasa. Aku baek punya datang beli juadah sambil menunggu dia pulang. Dia sampai je umah terus dia letak lauk, bukak, makan...pukul 6.45 petang. Aku pasrah.

Alhamdulillah, aku buka kat umah semalam. Walau bukan sume puasa tapi ada jugak orang teman berbuka. Pastu aku ajak Zap dan Ramzie menemani aku dan rakan seterawih aku tahun lepas, Tapet a.k.a Ratas Bajrai, berterawih kat Masjid Damai. Zap sangat teruja bila dia sampai terus semayang macam roket. Tak sempat dia nak sambut selawat lepas AL BADRUL MUNIRU MUHAMMAD....imam terus bangun semayang. 30-40 minit terus abis semayang isya' dgn terawih sekali. Pi minum plak kat restoran arab. Dah macam firaun aku rasa.

Harapan aku supaya janganlah ada cabaran yg besar yg tak sanggup aku tempuhi memandangkan iman aku pon senipis kulit bawang. Kalau iman tebal macam ensiklopedia takpe la. Kesabaran pulak tahap Pemimpin Rakan Sebaya. Yg aku ni pon dah nak kawin ujung tahun nih. Kena la praktikkan ilmu amalan harian yg mulia supaya bulih aku pimpin bini aku. Takkan dia nak pimpin aku plak. Baik dia je jadi laki aku jadi bini. Puasa tahun ni plak aku harap lebih baik dari tahun2 yg lepas walau cabaran menggunung.

p.s - perut aku dah kempis sambil tumbuh ketak2 kecil menandakan aku sudah taf....

Sunday, August 16, 2009

Ramadhan Semakin Menjelang Tiba - Siri 2

Kejadian ni berlaku dalam tahun 1989 tatkala aku baru mula sekolah dajah satu. Abang aku dah dajah 2. Aku ingat lagi Ustat Zulkifli dgn Cikgu kelas aku, Cikgu Zaiton, pesan "Kita orang Islam kena puasa...tapi kalau kecik lagi ada pengecualian...tapi nanti dah besar kena puasa...sapa hari ni puasa...?". Masa tu aku tgk ramai gila budak melayu angkat tangan. Aku terus angkat sama. Mana tau kalu dapat cikedis ke, cekelat ke. Tapi hampa...jawapan Ustat Zulkifli "Bagus...nanti petang boleh la pegi pasar ramadhan kat Giant tu". Macam setan...!! Rugi tenaga aku angkat tangan.

Masa kat KL kawan2 baik aku ada 4 orang. Sume aku dah tak ingat nama. 2 orang cina, sorang india dan sorg melayu. Tapi aku paling kamcing dgn sorg cina tu pasal dia tinggal dekat ngan umah aku. Gan nama dia. Mak dia selalu jemput aku makan kat umah sambil cakap "Hamdi jangan takut...ini takde babi punya". Masa tu aku rasa kalu dia letak babi pon aku tak tau babi tu halal ke haram. Aku rasa aku tau babi tu haram masa dajah 3. Aku datang pon sebab si Gan ni ada robot Voltron bulih sambung jadi robot besar. Besi plak tuh...kaya betul bapak Gan nih.

Kat skolah, 2 orang kawan melayu aku tu bukan puasa pon. Siap bawak bekal nugget lagi. Yg sorg lagi aku tak ingat bawak hape. Tapi aku rasa2 macam pizza semalam mak dia panaskan balik. Sedap jugak kalu dapat free. Tuhan marah tolak rezeki. Aku plak cam biasa la...nasi goreng sejuk. Masa dajah satu, sapa ada nasi goreng sejuk dia adalah hero besar kat sekolah aku. Kalah la sesapa yg pakai kasut Worrior Hi-cut. Kasut Worrior Hi-cut pon aku dapat masa dajah 4. Takpa la...kira hero gak la aku masa sekolah rendah.

Kat sekolah aku dgn kawan2 aku dah tukar makanan. Kitaorg berlima mmg selalu amik port kat padang, bawah pokok seblah paip air. Senang nak basuh tangan. Pastu kalu takda air...sesak-sesak kang togok je air paip tuh. Sepanjang dok teguk air paip ni takda pulak aku kena Denggi ke, H1N1 ke, Tibi ke...tapi skang budak2 manja. Kang ada sakit perut la, cirit la. Mmg show habis. Bentang surat kaba, masing2 dok besila, kuarkan bekal, letak kat depan, bukak botol air yg ada tali tuh, sedut sepam dua...pastu baca doa, baru makan. Aku ingat lagi, kawan2 yg bukan islam ni pon sentiasa akan tadah tangan sekali. Diaorg kata diaorg kagum aku bulih baca doa.

Pastu bila nak balik, aku janji dgn abang aku kat luar pintu pagar sekolah. Betul2 sebelah ane jual kacang putih. Tatkala aku melangkah keluar sekolah, aku tgk abang aku baek punya kunyah vadei....aku pow sket. Tetiba timbul pertanyaan dari abang aku. "Eh...kita tak puasa ni. Ni bulan posa...nanti abah marah. Hari ni abah tak keja". Aku pon bagi cadangan, "Takpa...kita balik terus kita mandi. Pastu kita buat2 nak tido". Apa bangang ntah kita org ari tuh. Yg abang aku pulak main hangguk je. Dia sikit pon taknak pikir jalan penipuan.

Sampai je rumah aku tgk bos aku tgh baca surat kaba sambil tv tgh tepasang. Dia tgk je aku balik terus dia tanya, "Blaja apa kat skolah tadi?". Dengan pantas kitaorg jawab, "Puasa...tak leh makan, minum...tapi lapar la. Nak pi mandi la". Bos aku cakap mandi selalu sangat nanti makruh plak. Aku dgn segala macam haram tak tau apa, terus aku hangguk. Bayangkan, babi itu haram aku tau dajah 3...ko rasa perkataan makruh aku tau masa dajah berapa...? Tapi sebab bos aku ni kesian kat kitaorg, dia suruh pi mandi. Tapi dia kata jgn minum air kolah plak. Pastu jgn mandi lama2. Dgn pantas dan taat, kami pi mandi.

Dalam bilik air, bulih pulak kami minum air kolah puas2. Macam tak penah rasa air sesedap air kolah dalam dunia nih. Pastu siap plan, lepas ni kalu lapar lagi abang aku akan korbankan tabung dia. Ada la dalam tiga hinggit. Abang aku cakap bulih beli tau-fu-fah. Tak pon pi beli rojak mamak. Aku plak dah tebayang rumah Gan. Lepas mandi kitaorg siap2 pakai baju. Ingat nak terus tido. Tapi bos aku suruh semayang dgn dia. Kitaorg pon dengan ikhlas terus je follo belakang bos aku. Amik air semayang pon dalam satu bilik air. Pasal nak tiru bos amik air semayang. Abang aku pon hapal tak hapal je.

Masa tgh semayang tuh, sempat jugak aku bisik kat abang aku..."lepas ni kita cakap kita cakap kat abah kita nak tido. Nampak letih sket". Abang aku angguk tanda setuju. Pastu dia cakap, "Woi...! Masa semayang kalu becakap nanti batal tau. Diam...!". Dengan rasa bersalah aku pon senyap sampai habis semayang. Dah abis baca doa dan salam bos aku, aku pon nak mula rancangan dgn abang aku. Aku cuit bahu dia. Dia cam takut nak bertindak. Aku paksa dgn kerut kan dahi aku. Abang aku mengalah. Dia mula buat2 menguap. "Ngantuk la abah...". Bos aku pon dgn muka belas ihsan terus cakap,
"takpa la...abah nak baca quran jap...bangah balong pi makan kat bawah...mama dah siapkan nasi...abah ngan mama puasa".

p.s - Apa bangang abang aku...? Dah nak belakon pehal...? Pagi tadi bos aku yg bagi duit belanja. Dah tu plak masing2 bawak bekal seorang hero, nasi goreng sejuk. Sapa yg buat...? Ma'am aku jugak...yg plan nak menipu apasal...? Tapi kali ni aku salahkan bos dgn ma'am aku. Kalu tak aku dgn abang aku dah puasa hari tuh....

Friday, August 14, 2009

Ramadhan Semakin Menjelang Tiba

Aku ni dulu lambat puasa penuh. Start dari adik pompuan aku, Nora, adik-beradik aku sume puasa penuh awal. Tadika dah puasa penuh. Aku dulu dajah 4 baru nak puasa penuh. Tapi yg aku ingat la, aku tinggal puasa last skali masa form 3. Bayangkan tghari buta bulan puasa, aku dgn 5 org lagi membe kena angkat pasu bunga dari dalam dewan skolah dan kena susun kat setiap tiang kat susur nak ke sekolah. Gila apa cikgu tuh....?

Tapi ada beberapa kejadian yg membuktikan aku selalu jem time puasa nih. Masa aku dajah 3, aku dah belaja2 nak puasa. Tapi manjang tinggal je. Datang lah hari sabtu. Mak aku suruh pegi umah nenek sedara aku kat kampung nih. Mintak kelapa parut katanya. Aku pon dengan hati yg taat, pegi la umah nenek nih. Sampai je kat umah nenek perbualannya camnih.

Penulis: Nenek, mama mintak nior duo bijik.
Nenek: Ha, iyo la. Ko poie koba an kek atok kau kek belakang tu.
Penulis: Atok Wak, mama nak nior parut duo bijik.
Atok Wak: Kojap yo, atok bolah an nia. Ari ni kau puaso tak ngah....?
Penulis: (muka bangga menunjukkan kegagahan) Puaso tok. Tapi takpo, kuek lagi nih. Datang sini pon jalan kaki yo. Tak naik beskal. (ko apahal...? Atok tu tanya puasa ke tak je...)
Atok Wak: Uuuiii ngah...dalam nior ni ado tombong (umbut dalam buah kelapa tua). Kau nak tak?
Penulis: (tanpa berfikir yg hari ni adalah hari pertama dia cuba puasa sehari penuh pasal hari2 sebelum tuh dia bagi alasan pegi sekolah dia takleh puasa penuh) Nak tok. Sodap nih...bosar plak tu. Ni kalau basuh cocah dgn gulo lagi sodap kan tok...?

p.s - ada lagi kejadian lain tapi aku cerita lain kali. Bukan aku taknak puasa penuh tapi yg tu aku salahkan atok aku.

Thursday, July 30, 2009

Aku Secebis Ikan

Ah...mana plak kawan aku ni...? Kengkawan aku sume nama ganas2...PARANG, BUNTAL, KAPAK dan macam2 lagi la. Kami tinggal dalam keadaan yg sangat harmoni. Kumpulan nasyid CETUSAN HARMONI pon tak harmoni macam kami. Kami tinggal pulak dalam environment yg sangat penyayang. Kengkadang bengang gak dgn geng2 Awang Ganu. Tapi nak buat camna...? Dah nasib kami. Ada jugak bomoh kampung aku ajar cara nak ngelak dgn Awang Ganu ni tapi ramai je membe2 aku yg kena tangkap. Sedih aku....

Kat tempat aku, aku ni kira kacak la. Ramai gak yg nak ngorat...tapi aku buat tak reti je. Kadang2 aku saja libas2 budak yg nak ngorat aku. Padan muka korg...ingat aku nak layan muka cam ikan bilis...? Takat muka cam ikan talang, mak aku buat gulai ikan masin je. Tapi hati aku kengkadang teringin gak nak ada awek macam Kak Yong. Lawa pon lawa gak...seksi plak tuh. Tapi sapa la aku ni kan...bak kata org tua2 yg selalu gak aku dengar Awang Ganu cakap bila membe dia suruh pinang anak ketua kampung...SAPE LA NOK KE AKU....DIE TU MEGHOK KAYANGE, AKU NI GAGAK HAK DOK PASAR PAYANG NUNG...

Tapi ada gak yg aku tak puas ati. Rasa nak pindah je rasanya. Tempat aku ramai kaki buli. Dalam senyap, diaorg ni terus belasah kitaorg. Kengkadang tu diaorg belasah sampai lunyai. Takpa la, tapi ni yg aku marah pasal dok tinggal cebisan2 membe aku. Nak aku report pulis, tak tau plak kat mana balai. Kang diaorg tau, takut aku plak yg kena belasah. Tak pasal2 mati plak aku. Tapi takpa, dalam pakej yg sedang2 kacak dan agak menarik penampilannya, aku dikira makhluk yg agak bertuah sebab dilahirkan begini. Takda la macam mamat sekor ni...KETUTU nama dia. Nama je dah buruk...orangnya korang baik tanam azam supaya tak penah nampak mamat ni. Tentu arah korg akan lagi. Muka lebih ganas dari banduan penjara.

Bernasib baik lah aku sebab penah satu hari tu ada sorg mamat nih bawak aku balik umah dia. Dah la lawa umah dia. Besor pulak tuh. Lampu lip-lap sentiasa terpasang walau bukan hari raya puasa. Puasa pon aku tak penah. Tapi raya tiap2 hari. Tak ke show camni. Ramai plak membe2 baru. Awek lawa2 plak tuh. Dan aku ada memendam rasa kat sorg awek nih. Org panggil dia ANA...tapi org lain dah sound aku awal2, jgn dekat ngan budak tuh. Jenis buruk lantak budak nih. Tapi aku pedulik hapa...kalu aku dah suka, dia nak makan dedak satu lori aku sediakan. Ingat aku takda duit ke? Emas aku bertimbun la.....

Dalam pada menaruh perasaan tu, aku masih tak berani nak tegur si Ana ni. Dia selalu lepak ramai2 dgn kawan dia. Segan plak aku kalu ngorat dia nanti tetiba dia rejek. Tak ke malu aku kat situ. Dah tentu membe2 dia gelakkan aku. Aku mesti pasang strategi nih. Aku belikan gelang emas, cincin emas dgn rantai emas bagi kat dia. Mana tau tetiba dia suka plak aku bagi benda2 tuh kat dia. Aku dah mula pasang angan2 lepak tepi kuala dgn si Ana. Tentu romantis masa tu. Duduk berdua, tanpa gangguan, ditambah keadaan suram malam, dengan angin sepoi2 bahasa. Aku bajet kalu Kak Yong pon mesti cair bila aku buat gitu.

Sampai satu masa yg paling sesuai. Barang sume aku dah ready, si Ana pulak aku nampak dok jln2 sorg dia je. Ada chance nih...aku atur langkah. Pegi sebelah...aku mula bicara...SORG JE? MANA KENGKAWAN AWAK YG LAIN? Aku tgk muka dia senyum je. Macam malu2 bila aku atur ayat gitu. SAYA MAS...BUKAN MAS JOKO YE...AWAK ANA KAN? ....A'ah...Aku mula rasa self-esteem aku memuncak selepas jawapan ringkas dari Ana. Tegak je rambut remos aku. Saje aku tegakkan lagi. Kasi nampak serupa dgn Cristiano Ronaldo. Mana tau kalu dia ni bini org. Bulih aku rampas. Aku rasa respon baek nih. Aku try hulur barang hadiah.

NI UNTUK AWAK...SUDI KE AWAK JADI KAWAN SAYA? Sambil aku hulur tu aku saje tenung dia lama2. Geram aku tgk budak Ana nih. Comel betul. Malu2 plak tuh...AMBIK LA...JGN MALU2...Dia dah mula hulur tangan dia. Zappp...dia grip aku...PEEWWIIITTT...MARI KENGKAWAN...LAUK KITA NIH...terus tanpa aku sedari membe dia dah rapat sambil cuba gigit aku. Cilake sungguh...terperangkap aku...tinggal la cebisan2 halus je berselerak atas tanah. Sempat jugak aku usha Ana...jenis karnivor rupanya minah nih...

p.s - entry kali ni untuk Ama...aku dah janji nak buat autobiografi AKU SECEBIS IKAN...tapi apahal ikan emas asal dari laut...dok pulak dalam akuarium dgn pirana...apa ada hal....?

Friday, July 3, 2009

Masih Ada Yang Sayang

Masa aku umor setahun jagung, aku tinggal dgn opah aku. Masa tu atok aku masih ada. Walau kepala dia sudah boteng (Botak Tengah) dan beruban, tapi diaorg mmg cool. Opah aku cerita dulu dia mintak modal nak beniaga nasi lemak kat depan umah tapi atok aku tak bagi. Walaupon begitu, tiap hari dia balik dari keja, dia akan beli cekelat DING-DANG dan set mainan askar kat aku. Mungkin dia nak satu hari nanti aku jadi sojar tapi malang, aku terjebak kelembah perakaunan.

Lepas dia meninggal, ma'am aku amik jaga aku balik pasal taknak nyusahkan opah aku. Ye la...aku ni kan gengste. Kang susah nak jaga. Dah tu plak masa tu tgh pakej comel dan segak lagi. Seluar pon Kiko dgn Kiki Lala. Bos aku pon masa tu tak berapa nak garang lagi. Masih bulih control. Masa tu jugak adik bawah aku baru lahir. Aku pon dah nak masuk tahun kedua usia belia aku. Lepas tu plak kitaorg pindah Kelana Jaya lepas beberapa tahun tinggal kat area Subang. Masa tu Opah aku selalu gak datang umah. Saje nak lawat anak cucu.

Masa ni aku dah sekolah dajah satu. Adik2 aku pon dah ada 3 org. Maknanya aku ni dah tergolong dalam golongan yg tidak diendahkan lagi. Tak macam masa kecik sket. Waaa skali dapat cekelat tu. Waaa skali lagi dapat selipa Batman. Skang ni waaa skali, pang 2-3 kali. Tu pon nasib dapat pang je. Kalu dapat debik dushum dushum skali camna. Yg tu pon slalu gak kena. Pastu dek kerna selalu tgk drama melayu, maka bercita-citalah aku untuk lari dari rumah. Konon cam bos ngan ma'am aku dah tak sayang lagi la. Terasa macam anak angkat pon selalu gak.

Penah juga aku buat perancangan lari dari rumah. Pecah tabung, tulih surat, letak dalam sampul wangi, letak kat kabinet dapur (port ma'am aku nak memasak), tgh ma'am aku layan Oshin aku lari bawak beskal BMX yg bos aku beli. Dari beskal tu ada 4 tayar sampai tayar tinggal 2 tayar aku guna beskal tuh. Penah gak teringin nak tukar. Tapi niat tukar tu terpaksa dibatalkan selepas kena belasah dgn bos aku depan kedai beskal. Terus keluar dari umah. Tak tutup pintu pagar pon lepas kuar tuh. Arah tujuan yg pertama adalah rumah membe aku selang 2-3 lorong dari umah aku....Gan nama dia. Cina budak nih.

Tetiba perut terasa lapo. Singgah dulu kat ane kacang putih. Beli kacang 50 sen dgn cinggam 20 sen. Pastu beli gula2 singgit. Kira la, masa tu sposen dapat 3 bijik. Singgit tak ke 30 bijik gula2 ada dalam kocek aku. Bangga je dapat beli gula2 banyak2. Ada gak budak yg tgh tunggu turn jeles tgk aku isi gula2 byk dalam kocek. Diaorg takat beli sposen dua je. Sempat gak aku pesan kat diaorg TU LA...LEN KALI NAK BELI CAMNI LARI LA DARI RUMAH...BARU BLEH BELI GULA2 BYK... Aku tak pasti budak2 tu ikut ke tak nasihat aku.

Tiba depan umah Gan mak dia ada depan umah. Aku masuk terus sambil senyum sket je kat mak dia. Takut kang kena soal siasat. Dah la aku nak ajak Gan lari sama. Dia ada satu set robot Voltron. Bulih jugak hilangkan rasa bosan masa lari dari rumah nanti. Masuk je bilik dia aku terus terangkan sket2 plan aku sambil hulur gula2 beberapa ketul buat pembakar semangat. Time nak kuar dari umah Gan tetiba mak dia panggil masuk balik. HAMDI...TUNGGU DULU LA...MAKAN PIZZA AUNTY BELI NIH...KEJAP LAGI BULIH KELUAR MAIN. Tgh makan tu mak Gan call mak aku. Lepas makan terus mak aku panggil balik makan sukun goreng letak gula. Gan dgn mak dia skali kena ikut aku balik.

p.s - walaupon ma'am dgn bos aku selalu marah aku...tapi aku tau diaorg mmg cool dgn aku. Alfatihah pada Muhd Azizul Afifuddin, adik ecah. Walaupon dia dah pergi, masih ramai yg tetap menyayangi kita yg tinggal nih.