Wednesday, September 2, 2009

Drama Latin = Cerita Lucah yg Pakai Baju

Sebagai seorang Islam dan seorang sahabat yg sangat sayang pada saudaranya, di sini aku ingin menjawab segala kemusykilan yg bermain di benak fikiran ikhwan-el-muslimin yg lain tentang kenyataan aku sekitar zaman menuntut di Universiti Islam suatu masa dulu. Penyataan aku juga sudah dimaktubkan dalam blog Ijan (http://mjalizan.blogsot.com/), CERITA LATIN ADALAH CERITA LUCAH YG PAKAI BAJU.

Asal-usul penyataan: Penyataan ini adalah hasil ilham aku dan Shemi di dalam bilik kami tatkala kami tak tau nak buat apa dah. Shemi pon malas nak main game. Maka, kami pon bukak la Telenovela. Aku tgk dia punya pelakon pon dah terasa macam PM Najib nak kasi stimulus cuma dia punya stimulus tak berapa nak naik. Tapi tak jugak tidur. Pastu Shemi terus keluar ayat; KALU AKU DAPAT LA DIA NI, MASUK NERAKA PON TAKPA LEPAIH TU. Aku angguk tanda setuju lantas terkeluar sebaris ayat penyata dari gema kotak suara aku; CERITA LATIN NI AKU TGK DAH MACAM CERITA LUCAH TAPI VERSI PAKAI BAJU.

Penyebab populariti semakin meningkat
: Penyataan ini semakin meningkat popular dikalangan rakan2 terdekat kerna ada rakan2 yg muka macam buruh kasar tapi hati kaca. Ada ke sume orang pi main bola tapi diaorg lepak bilik tgk drama Korea? Alasan; MINGGU LEPAS PUNYA INJURY KENA TACKLE TAK BAIK LAGI. Alasan kalu tak ganas tak bulih ke? Aku kena tolong mak aku angkat kain ke, aku nak tidor pasal nak tenaga untuk buat assignment ke, kucing aku nak makan kumbang terbang ke...ni alasan mau aja dikaitkan dengan aktiviti lasak. Lagi pulak masa tu drama latin ni waktu siarannya masa ptg dlm kol 3 lebih. Masa tu ada dikalangan rakan2 yg takde kelas. Jadi, penyataan ini menjadi semakin popular.

Ultimate boost
: Zaman penyataan ini paling top dan paling A adalah bila La Uspa Dora ditayangkan, menggantikan cerita pejadah ntah. Ke aku tebalik. Maria Mercedes yg ganti La Uspa Dora. Camtu la lebih kurang. Masa tu kengkawan sume guna ayat nih; PTG2 NI APA KEHIDUPAN MAIN BOLA...? TGK CERITA LUCAH KAT TV3 LA. BARING SANTAI SEPAM, KOPI SENTAL SEPAM, KEPOK LEKOR SEPAM....PEERRGHHH. Ayat berikut hanya habis begitu. Mmg jahanam budak2 nih. Ada ke cerita lucah boleh di"compensate" dengan permainan paling popular atau digelar THE GAME OF HEAVEN AND HELL, bola sepak...? Gila apa...?

Rahsia di sebalik penyataan
: Sebenarnya, ayat berikut dirembes dari peti suara aku sebab dah ramai sangat rakan2 yg tewas. Tgk cerita latin sorg2 sambil kunci bilik dari dalam guna selak. What is the jadah this way...? Gambar2 heroin latin tertampal pada page buku tulis yg berharga RM 0.60. Ala...yg macam Mahmud Jun buat dalam cerita Nasib Do Re Mi tuh. Pastu buku tu tersisip dibalik flush dalam jamban. Tandas yg tersisip tu adalah tandas tengah2 dan tandas hujung skali. Tandas hujung sekali tersisip dengan cerita bertulis dari website melayuboleh.com yg ceritanya ala2 drama latin. Aku rasa Ijan juga salah seorang teman yg tertewas.

Pesanan terakhir
: Jadi rakan2, terungkaplah segala rahsia disebalik penyataan keras aku sebelum ini, DRAMA LATIN IALAH CERITA LUCAH VERSI PAKAI BAJU. Janganlah hendaknya lepas ni korg nak pandai2 belajar bermuka ketat berhati kaca. Tgk pulak main kunci2 pintu, tingkap, siap tingkap letak selimut taknak kasi org nampak dalam. Jgn pula korg tampal gambo heroin latin kat buku tulis sambil berpura-pura mengkaji syair Hang Tuah. Pastikan juga buku tulis tiada disisipkan di belakang flush tandas.

p.s - jangan lupa terawih anda Ramadhon ini....jangan pandai2 nak buat terawih masa Rejab nanti...aku rejam je korg nanti...

2 comments:

  1. terima kasih kerana mengutarakan isu hangat ini.. busuk dowh...

    ReplyDelete
  2. Medi, tandas hujung tu ada majalah mangga..
    tandas awal yg ada gmbr latino ..

    ReplyDelete