Friday, July 3, 2009

Masih Ada Yang Sayang

Masa aku umor setahun jagung, aku tinggal dgn opah aku. Masa tu atok aku masih ada. Walau kepala dia sudah boteng (Botak Tengah) dan beruban, tapi diaorg mmg cool. Opah aku cerita dulu dia mintak modal nak beniaga nasi lemak kat depan umah tapi atok aku tak bagi. Walaupon begitu, tiap hari dia balik dari keja, dia akan beli cekelat DING-DANG dan set mainan askar kat aku. Mungkin dia nak satu hari nanti aku jadi sojar tapi malang, aku terjebak kelembah perakaunan.

Lepas dia meninggal, ma'am aku amik jaga aku balik pasal taknak nyusahkan opah aku. Ye la...aku ni kan gengste. Kang susah nak jaga. Dah tu plak masa tu tgh pakej comel dan segak lagi. Seluar pon Kiko dgn Kiki Lala. Bos aku pon masa tu tak berapa nak garang lagi. Masih bulih control. Masa tu jugak adik bawah aku baru lahir. Aku pon dah nak masuk tahun kedua usia belia aku. Lepas tu plak kitaorg pindah Kelana Jaya lepas beberapa tahun tinggal kat area Subang. Masa tu Opah aku selalu gak datang umah. Saje nak lawat anak cucu.

Masa ni aku dah sekolah dajah satu. Adik2 aku pon dah ada 3 org. Maknanya aku ni dah tergolong dalam golongan yg tidak diendahkan lagi. Tak macam masa kecik sket. Waaa skali dapat cekelat tu. Waaa skali lagi dapat selipa Batman. Skang ni waaa skali, pang 2-3 kali. Tu pon nasib dapat pang je. Kalu dapat debik dushum dushum skali camna. Yg tu pon slalu gak kena. Pastu dek kerna selalu tgk drama melayu, maka bercita-citalah aku untuk lari dari rumah. Konon cam bos ngan ma'am aku dah tak sayang lagi la. Terasa macam anak angkat pon selalu gak.

Penah juga aku buat perancangan lari dari rumah. Pecah tabung, tulih surat, letak dalam sampul wangi, letak kat kabinet dapur (port ma'am aku nak memasak), tgh ma'am aku layan Oshin aku lari bawak beskal BMX yg bos aku beli. Dari beskal tu ada 4 tayar sampai tayar tinggal 2 tayar aku guna beskal tuh. Penah gak teringin nak tukar. Tapi niat tukar tu terpaksa dibatalkan selepas kena belasah dgn bos aku depan kedai beskal. Terus keluar dari umah. Tak tutup pintu pagar pon lepas kuar tuh. Arah tujuan yg pertama adalah rumah membe aku selang 2-3 lorong dari umah aku....Gan nama dia. Cina budak nih.

Tetiba perut terasa lapo. Singgah dulu kat ane kacang putih. Beli kacang 50 sen dgn cinggam 20 sen. Pastu beli gula2 singgit. Kira la, masa tu sposen dapat 3 bijik. Singgit tak ke 30 bijik gula2 ada dalam kocek aku. Bangga je dapat beli gula2 banyak2. Ada gak budak yg tgh tunggu turn jeles tgk aku isi gula2 byk dalam kocek. Diaorg takat beli sposen dua je. Sempat gak aku pesan kat diaorg TU LA...LEN KALI NAK BELI CAMNI LARI LA DARI RUMAH...BARU BLEH BELI GULA2 BYK... Aku tak pasti budak2 tu ikut ke tak nasihat aku.

Tiba depan umah Gan mak dia ada depan umah. Aku masuk terus sambil senyum sket je kat mak dia. Takut kang kena soal siasat. Dah la aku nak ajak Gan lari sama. Dia ada satu set robot Voltron. Bulih jugak hilangkan rasa bosan masa lari dari rumah nanti. Masuk je bilik dia aku terus terangkan sket2 plan aku sambil hulur gula2 beberapa ketul buat pembakar semangat. Time nak kuar dari umah Gan tetiba mak dia panggil masuk balik. HAMDI...TUNGGU DULU LA...MAKAN PIZZA AUNTY BELI NIH...KEJAP LAGI BULIH KELUAR MAIN. Tgh makan tu mak Gan call mak aku. Lepas makan terus mak aku panggil balik makan sukun goreng letak gula. Gan dgn mak dia skali kena ikut aku balik.

p.s - walaupon ma'am dgn bos aku selalu marah aku...tapi aku tau diaorg mmg cool dgn aku. Alfatihah pada Muhd Azizul Afifuddin, adik ecah. Walaupon dia dah pergi, masih ramai yg tetap menyayangi kita yg tinggal nih.

No comments:

Post a Comment