Thursday, September 10, 2009

Berbuka Bersama Sang Juara

Ahad lepas ada beberapa orang ikhwan yg ajak ana iftar. Katanya ada jemaah besar kat tempat tuh tapi ana tak biasa berbuka kat sana. Disebabkan nilai islamic yg tinggi dan undangan dari ikhwan yg sudah lama tak ketemu...ana sahut jemputan. Tapi ada sedikit masaelah la..ya sheikh. Binatang tunggangan ana ada patah kat bahagian ekor. Breket lampu brek patah. Terpaksa ana tukar body-kit baru tapi belum pasang lagi la, ya sheikh. Jadi ana susun janji sama as-sheikh Saif-al-Nazrey untuk menjemput ana dari madrasah.

Tiba masa yg dijanjikan...As-sheikh Saif-al-Nazrey menjemput ana. Kasihan juga ana tgk dia tertunggu di luar madrasah. Tapi cuma sebentar sahaja. Ana tanya, "Mana isteri anta....? Dia kasi line ka berbuka bersama ikhwan sekalian...?". "Line clear", jawab Sheikh Nazrey ringkas. Dengan pakaian madrasah, kami bergegas ke tempat yg dijanjikan. Ana cuma sempat tukar secapal instead of kasut yg ana biasa pakai ke madrasah.

Semasa selisih kami di depan Istana budaya, terpandang akan kami pada dua makhluk Allah yg manis sekali. Seorang berkebaya koko dan yg seorang lagi berkurung putih-peach. Subhanallah, manis bertudung lagi. Ingin kami berkenalan lebih lanjut dengan makhluk yg keduanya. Jika tidak dapat nombor talipon, e-mail FB juga berguna, insyaallah. Lantas Sheikh Nazrey memberhentikan binatang tunggangan kami. Maka, terpandanglah kami akan seorang lagi manusia sedang terbujur di depan gadis berkebaya koko. Masyaallah...apa sudah jadi?

Dengan berani, ana mendekati gadis keduanya. Diikut rapat rapat dari belakang oleh Sheikh Nazrey namun tidak berjaya memintas. Lantas, hikayat berikutnya ana ceritakan dalam bentuk dialog:

Ana: Assalammualaikum si manis koko...(ana buka bicara dengan sopan)...apa sudah jadi...?
Gadis 1: Tak tau la bang...kami jalan belakang pakcik ni. Dari seberang sana ikut jejantas. Bila turun je...dia jalan depan sikit terus rebah. Kami takde pulak bentes kaki pakcik ni. Sumpah bang...kami tak bentes.
Saiful Nazrey (SN): Iye ke...? Macam korang bentes je...(sedang cuba bergurau walau sebenarnya dia dah stimulus pasal gadis ni panggil kami abang)..
Ana: Takpa la...mari la dekat sini...(kedudukan ana agak jauh dari pakcik yg sedang tertiarap). Jgn dekat dengan dia. Mana tau dia H1N1...kang tak pasal2 adik manis berdua dijangkiti virus maut tersebut.

Dengan pantas gadis keduanya merapati kami. SN semakin galak merenung gadis koko. Dia dah bawak keluar handphone...mana tau kot gadis ingin menukar nombor. Lantas dinasihat juga pada ana untuk menayang handphone.

Ana: Dah call ambulance...?
Gadis2: Belum bang....credit takda...(alasan je tuh...sebenarnya tangan dia tgh menggigil)...
Ana: Takpa...biar abang aje yg call ye...jgn takut sayang...eh silap...adik...

Lantas ana dail 999...ah, gadis juga yg menjawab. Dari bunyi lunak suaranya, mungkin juga dalam lingkungan usia sunti.

999: Iya encik...boleh saya tolong....
Ana: (Dengan nada tenang dan dipenuhi iman) Nama saya Hamdi. Saya sekarang berada depan HKL. Ada seorang pakcik colapse kat tepi kaki lima nih.
999: HKL- Hospital Kuala Lumpur? Takpa nanti saya sambungkan pada talian ambulance di sana. Sabar ye encik.
HKL: Hello...siapa di sana...?
Ana: (Ah...lelaki pulak...ana jawab kurang sopan sikit lah) Saya Hamdi. Ada dekat seberang Istana Budaya, bawah jejantas, tepi padang HKL. Kat sini ada sorang pakcik pengsan sambil mukanya di atas tanah. Dia tetiba rebah lepas melintas jejantas.
HKL: Berapa usia pakcik tuh? Awak kenal dia ke? Tak cuba tgk IC dia?
Ana: (Dengan penuh hikmah) Tak tau la berapa umor dia tapi dalam 40-an jugak. Saya tak kenal dia malah saya tak tgk pon dia jatuh. Saya berenti sebab nak ngorat awek 2 org nih tapi tertolong plak pakcik nih...saya tak berani dekat takut dia colapse sebab H1N1. Saya takda pelindung muka nih.
HKL: Eh...betul jugak kata encik nih. Takpa...kami akan hantar ambulance secepat mungkin. Encik tunggu di sana tapi tolong jgn kasi orang lain rapat ye...takut virus.

Selesai sahaja ana letak talipon, ana pandang kedua wajah gadis manis. Riak wajah mereka seperti sedang melihat Rosyam Nor menang racing dalam KL Menjerit. Ana cuit SN, meminta dia pinta nombor talipon si gadis. Tapi, kami sama2 insan pemalu. Lantas kami diamkan saja. Datang beberapa pakcik ingin melihat.

Pakcik1: Korg ke yg jumpa mangsa nih...?
Ana: Tak...dia orang gadis tu (sambil menggunakan ibu jari untuk menuding pada gadis kebaya koko dan gadis kurung peach). Kami tolong talipon ambulance je.
Pakcik1: Korg tak tolong ke...? Orang melayu kita tuh. Mana tau mati tak sempat mengucap ke? Tak kesian ke? (Dia dah mula buat muka samseng kampung nak tunjuk lawa pada Abang Ramlee).
Pakcik2: Orang melayu kita tuh. Takkan taknak tolong? (aihh...ada yg menambah...?).
Pakcik1: Tolong la angkat ke...ajar mengucap ke...apa ke...ini tgk je.
Ana: Saya dah tolong call ambulance tadi. (Bila pakcik 1 dan 2 buat muka pinta penampar, ana jawab macam nih) Saya bukan taknak tolong. Cuba pakcik pikir, kalau dia tu mati sebab H1N1, tak ke kita sekarang berisiko untuk kena jangkit...? Kita ni dah la duduk bulih tahan dekat. Tak pakai pelindung muka pulak tuh. Kalau pakcik Sarip Dol sangat, pakcik tolong la. Amacam...? Ada Bran...? Ke tengah kecut telur...?

Lantas pakcik1 dan 2 start moto terus blah. Kami pula terus menuju arah Redbox, Sogo untuk iftar ramadhan ini. Di Penjara Janji adalah nyanyian terbaik ana yg melonjakkan nama ana menjadi man-of-the-match malam iftar tersebut.

p.s -sesungguhnya makanan tanpa ajinomoto, sambal belacan, kicap tamin, budu, Maggie Cukup Rasa adalah sangat merugikan...begitu juga cerita ana ini...di sini juga ana ingin meminta maaf pada tunang ana...ana main2 aje ngorat...bukan betul2...sumpah...saya tak tipu awak...

2 comments:

  1. kah kah kah...sungguh menghiburkan kesah enta ini...tapi ana fikir kalau bini sheikh saif al-nazrey baca ini kisah inshaallah kena tidur di luar...

    p.s:apa jadi kat pak cik tu??

    ReplyDelete
  2. pakcik yg keduanya...go al-kebawah la...ingat aku bodoh macam diaorg ke...? bukan aku taknak tolong...tapi aku lebih rela dok kat tepi dan call ambulance...

    p.s - aku nak try tulih surat kat agong...nak mintak Pingat Panglima Gagah Berani yg membawa nama AMN...

    ReplyDelete