Tuesday, June 23, 2009

Badminton: Riadah Kerakyatan

Dulu orang kampung selalu main catuk ayam, galah panjang, gasing pangkah, layang2 dan sepak raga. Ada la jugak main batu seremban, main masak2, kawin2, tapi tak berapa glamor. Penah jugak aku into main bola cop guna bola getah. Bukan bola tango masa main bola masa PJ tu tapi bola yg dibuat dari lebihan susu getah yg dah beku dan melekat pada alur pangsa kat pokok getah tu. Kalu kena dah la busuk, pastu berbekas, tak mau hilang pulak tuh. Maka, balik nanti bersiaplah untuk kena sesah dgn ma'am besar masing2.

Tu pon masa aku kecik la. Pastu dah besar sket mula la main bola sepak. Main plak kat padang sekolah. Kalu tetiba ada rasa macam Azizul Kamaludin, mesti rembat sambil tutup mata. Bola dah tentu la gol kiper tak dapat tahan. Bola tinggi macam nak skor main rugbi. Yg paling best adalah time hujan. Sume la nak jadi defender terhebat. Sliding tackle adalah hikmat tertinggi yg best diaplikasi masa hujan. Bola tak kena pon tapi bulih takik kaki dan sliding nampak cantik bila bulih slide jauh.

Masuk matrik plak aku berkecimpung dalam arena sepak takraw. Ada yg menggulung tahap mamak roti, ada yg berjaya menguasai hikmat servis kuda peringkat Thailand, ada jugak yg memetik ala Zabidi. Sume la nak tunjuk tere. Kena plak court takraw terletak di pertengahan jalan gadis2 jelita menuju ke pasar malam. Time tu la petik tinggi, gulung menjadi, servis tak sangkut...tapi kalu diluar waktu perdana, servis pon kandas, gulung pon miss-kick, petik ke laut.

Time nak abis degree, arena futsal jadi keutamaan. International main 5-sebelah. Sesapa yg tak berapa pro akan main 6 atau 7 sebelah. Max pon 8-sebelah. Tapi kami main 22-sebelah. Main plak rampas court bola baling. Kalu dapat score tu mmg rasa habis hebat la tuh. Dan aku tersenarai dalam nama top scorer. Terasa sangat hebat jika bulih pass long-ball tepat ke kaki striker dan terus skor. Kalu dalam CM mesti accuracy aku 20 punya.

Lepas habis degree, aktiviti futsal masih disambung. Semakin rancak bila ada membe dah keja. Dan Charock F.C. pulak dah semakin selalu ada friendly match. Dengan KPDN, cikgu2 dan ostat2, abang pulis, ashkar...dan rami lagi la mangsa kami. Dulu masa kat UIA, rakan2 local yg berjaya main dgn kami adalah Persatuan Pelajar Penang dan Persatuan Pelajar Kelantan je. Yg lain sume budak Singapore, Eritrea (ntah betul ke tidak aku eja), Senegal, Persatuan Pelajar Tanah Arab, Thailand, Indonesia...dan lain2 international student.

Tapi sekarang dah tak dapat buat sume tu lagi. Pak Tam (organizer) dah jadi chekgu PJ kat Sabah, Apek (penggiat sukan) pulak lutut dah tercabut. Sama gak macam Arip. Zap, TJ gaji April pon tak dapat lagi...ni dah hujung Jun. Encik Gor dan lain2 pasangan yg sudah berkahwin perlulah jaga bini. Takut nanti org curik. Maka, aku skang selalu main badminton dgn rakan2 opis. Dengan sapa...? Dengan org yg aku tak kenal. Tetiba ada kelab plak. Tetiba ajak kitaorg main skali plak. Tetiba invite lagi. Tetiba macam mesra. Tetiba macam kerakyatan plak badminton nih.

p.s - jadah pe badminton permainan kerakyatan. Baik aku main rounders. Bola, guna bola tenis. Kayu guna kayu beruti.

3 comments:

  1. main takraw masa matrik memang nyaman..
    masa tu la arip mula belajar lipat pokok sampai tergolek pun tidak dihirau demi mencuri perhatian gadis pengujung pasar malam.
    sempat jugak la gua yang se-team dengan Radhi ustaz JAKIM menggondol pingat masa matric sport carnival.

    main futsal petang-petang 22 sebelah juga nyaman dan merupakan pengerat silaturrahim antara kita dan Terr Gerrard.

    ReplyDelete
  2. huhuu.. selamat berakyat2 bersama badminton! hehehe

    ReplyDelete
  3. sekarang main mesti ada gadis...bukan gadis sendiri la...gadis yg rakan2 bawak...tengok bulih, ngorat soriiii...!!

    ReplyDelete